Kisah Bersalin di UK,Siapa Sangka Begini Rupanya - Bulletin Saya

Thursday, 30 May 2019

Kisah Bersalin di UK,Siapa Sangka Begini Rupanya

0
Kisah Bersalin di UK,Siapa Sangka Begini Rupanya

Pengalaman bersalin di UK


Sebulan sebelum due...

Wakil social health datang ke rumah check barang2 apa yg dah beli utk preparation sambut bayi lahir. Seperti baby car seat, baby cot, pakaian baby & lain2...

Kalu x beli lagi, seminggu lepas tu dia mari check pulok tanya khabar... kalu x beli juga, tindakan undang2 akan dikenakan... kalau xda duit nak beli lagi, inform je pada mereka.. nanti mereka akan berikan peruntukan kewangan untuk dapatkan barang2 baby. yang penting semua kelengkapan bayi tu cukup sebelum dilahirkan.

Tp, Alhamdulillah ambo beli belaka dah... walaupun sepanjang tempoh kehamilan bini ambo macam2 brg baby dpt secara percumo..


Lepas tu dia tanya lagi, apa persediaan kita utk sambut bayi ni, persediaan suami mu mcm mana.. adakah suami mu membantu atau beri tekanan ke mu utk sambut bayi ni...

Dia check kebersihan rumah, dalam bilik, kitchen semua dia masuk check.. termasuk binatang peliharaan pun dia tanya n catit..

Kalu suami x membantu dan lihat muka isteri monyok unhappy & stress dia akan catat dlm note, jika berlaku2 apa2 pd isteri, suami kena tindakan undang2 pulok.. aduh jeng jadi suami di uk ni...

Dia tanya lagi, nak bersalin di hospital, rumah @ birth center.. kalu di hospital blh bersalin dlm air, atas katil atau nak czer, tp dia x galakkan czer walaupun ada pendarahan berlaku.. mereka lebih kepada beranak normal @ natural birth.

ibu blh buat pilihan asalkan ibu happy n tak stress.. undang2 sini x paksa ibu nak bersalin di rumah, asalkan ibu selesa n kena inform pihak midwife supaya pihak hospital blh turun membantu... yg penting ibu happy sokmo 

kalu zaman anok kedua ambo di malaysia dulu, bini ambo bleeding sikit jah..terus kena czer.. kena ugut mcm2 kalau x czer, mungkin anak awak atau isteri awak risiko mati.. aduh.. terus tekanan ambo.. ikutlah doktor asalkan dua2 selamat belaka... ni cerita anak kedua lahir di malaysia lah...

Sepanjang kehamilan dan bersalin wife ambo sini, semuanya midwife dan doktor perempuan sahaja, doktor2 pelatih x dibenarkan ada bersama ketika nak bersalin. Kalau ada pun, dia akan mintak permission dgn tuan empunya badan dulu.. kalu x nak.. doktor2 pelatih tu x boleh ada sekali..semua urusan bersalin hanya midwife yang berpengalaman sahaja.

Midwife sentiasa akan menemani ibu yang bersalin, memberi kata2 semangat sehingga baby selamat dilahirkan. Jika rasa nak menjerit, jeritlah sekuat hati pun takpo, midwife tak maroh..malah dia galakkan buat gitu..

Kisah selepas bersalin pulok...

Alhamdulillah lepas bersalin normal, sikit pun x kena gunting atau potong untuk bukaan tu lebih cepat... midwife akan pantau sahaja dan memberi cadangan duduk atas bola besar agar bukaan lebih cepat dan selamat.


Labour room pun cukup2 selesa dilengkapi tv, katil dan tempat mandi. boleh makan dan minum, terpulang pada si ibu nok buat apa sementara menunggu bukaan bersalin. Ambo pun boleh teman sbb sorang ibu satu bilik khusus untuk bersalin..

Bab inject vaccine pada bayi pun dia x paksa sbb hak masing2 (Human Right). hospital x paksa n menghormati parent beragama islam yg sensitif dgn kandungan khinzir dlm vaccine....sgt2 menghormati...

Begitu juga family planner, nurse tak boleh nak membebel2 ank kecik lagi dah nak beranak. Sini terpulang, selagi buleh beranak, beranaklah ramai2.. kerajaan sedia membantu sepenuhnya tanpa mengira bangsa , kaum @ agama...sgt2 positif...

Lepas bawa balik baby, esok harinya jugak social health akan dtg check baby n tanya kesihatan ibu... bab baby ni dia check habis semua sekali... dia akan pastikan baby ni x ada apa2 kecederaan/penderaan.. kalau ada automatik pihak polis akan mari rampas baby kita sbb x pandai jaga

baby tak boleh tidur sekatil dgn parents, kena tidur atas katil khusus utk dia sendiri, tak boleh tidur sekatil dgn mok ayah sbb ianya menyalahi undang2 di sini.

Alhamdulillah buleh baby boy buleh sunat terus lepas sebulan dua.. kalau baby girl jgn cari pasal, nnt baby girl tu kena rampas terus dengan social workers dan parents akan di dakwa n dipenjara...

Alhamdulillah, semua nya selamat tanpa dikenakan bayaran satu sen pun, malah dpt free lagi barang2 baby oleh pihak hospital.

Dari FB Abdul Halim (toke canabis UK)
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment