Menu AirAsia Sepanjang Ramadhan...Hurmm..Enaknya - Bulletin Saya

Saturday, 18 May 2019

Menu AirAsia Sepanjang Ramadhan...Hurmm..Enaknya

0
Menu AirAsia Sepanjang Ramadhan...Hurmm..Enaknya
BAGI yang kerap menggunakan pesawat sempena Ramadan ini, pasti ada yang bimbang tentang makanan untuk bersahur atau berbuka puasa ketika dalam penerbangan.
Namun tak usahlah bimbang kerana penerbangan tambang murah AirAsia ada menyediakan pelbagai menu enak dan istimewa sepanjang bulan mulia ini sehingga 4 Jun bagi memudahkan penumpang beragama Islam berbuka puasa dan bersahur.
Tahun ini, AirAsia menyediakan lebih enam menu utama kepada pelanggan termasuk Mee Goreng Mamak yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia serta Nasi Goreng Superior dengan Sate Ayam.
Antara menu menarik yang disediakan.
All time favorite... Nasi Lemak Pak Nasser pun ada bagi yang teringin merasai keenakan menu itu pada Ramadan.
Tidak cukup dengan itu, Ayam Tikka Masala dengan Roti Nan Bawang Putih, Nasi Pulut Ayam dan Dimsum serta Granola Kaya Kelapa dengan Susu turut dihidangkan daripada menu Santan.
Jadi anda boleh pilih mana-mana menu kegemaran dan paling penting buat tempahan awal!
Tawaran istimewa ini sehingga 4 Jun ini.
Pra-tempahan hidangan Santan boleh dibuat melalui pautan ‘Tempahan Saya’ di airasia.com sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.
Kombo Santan bukan hanya memberikan lebih penjimatan dan lebih nilai kepada tetamu, ia juga membolehkan mereka memilih pelbagai pilihan hidangan dari negara-negara Asean, antarabangsa dan vegetarian serta diberi keutamaan hidangan dalam pesawat.
Paling best, AirAsia turut menawarkan promosi istimewa dengan pembelian dua hidangan Nasi Padang dengan Keropok Udang dan Nasi Lemak Pak Nasser dengan harga RM24 atau tiga RM30.
Manakala untuk yang terbang dengan AirAsia X, dua hidangan Superior Nasi Goreng dengan Sate Ayam dan Nasi Lemak Pak Nasser dijual pada harga RM34 atau RM45 untuk tiga pembelian.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment