Baru 5 Bulan Mengajar Cikgu Zulaikha Dapat 15 Surat Cinta.Yang Ni Paling Kelakar - Bulletin Saya

Monday, 19 August 2019

Baru 5 Bulan Mengajar Cikgu Zulaikha Dapat 15 Surat Cinta.Yang Ni Paling Kelakar

1
Baru 5 Bulan Mengajar Cikgu Zulaikha Dapat 15 Surat Cinta.Yang Ni Paling Kelakar
PERUBAHAN zaman menyaksikan kemunculan guru-guru muda yang hebat bergaya hingga menarik perhatian ramai.
Malah ada dalam kalangan mereka diberi jolokkan cikgu popular yang memiliki ramai pengikut di media sosial.
Terbaharu kisah seorang guru jelita menerima surat cinta daripada pelajarnya menjadi tular di Twitter.
Perkongsian intipati 'surat cinta' yang diterima Zulaikha Zulkifle dengan kapsyen 'Ya Allah, bagilah aku ketabahan' mendapat 15,300 ulang kicau dan 14,200 tanda suka.
Tweet Zulaikha mendapat perhatian ramai.
Rata-rata netizen terhibur dengan ayat pickupline anak murid guru tersebut.
Zulaikha ketika dihubungi mStar mendedahkan dia sering kali menerima surat cinta daripada anak muridnya sejak menjalani latihan mengajar di dua sekolah rendah bermula Mac lalu.
"Ini bukan pertama kali dapat, kalau campur dua sekolah total 15 surat. Tapi setiap kali dapat surat cinta saya rasa kelakar dan terharu jugalah sebab murid-murid minat dan suka dengan saya.

Surat tu kelakar. Dia siap sellotape kertas tu jadi panjang. Setiap kali terserempak dengan saya dia akan salam saya dan beri senyuman lebar.

ZULAIKHA ZULKIFLE.

Guru praktikum.

"Saya tak ambil serius pun sebab mereka masih budak-budak lagi dan tak tahu apa-apa. Walaupun ayat murid-murid tu macam kurang sopan tapi mereka masih lagi hormat saya sebagai guru," katanya.
Namun gadis berusia 20 tahun ini berkata dia amat kagum dengan keberanian salah seorang anak muridnya di sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan.
Zulaikha merupakan penuntut di sebuah Institut Pendidikan Guru di ibu negara.
"Saya kagum sebab kecik-kecil lagi dah berani bagi saya surat dan pandai menulis pantun. Mula-mula tu terkejutlah tapi lepas baca surat tu saya tergelak non stop.
"Surat tu kelakar. Dia siap sellotape kertas tu jadi panjang. Setiap kali terserempak dengan saya dia akan salam saya dan beri senyuman lebar.
"Jumaat 9 Julai adalah last day saya mengajar. Dia datang dan salam saya sebelum balik, lama dia lambai kat saya. Sedih pula nak berpisah dengan dia dan murid-murid lain," katanya.
Zulaikha yang mengajar mata pelajaran muzik dan seni visual berkata, dia tidak menduga perkongsiannya itu akan mendapat perhatian ramai.
"Saya tak sangka boleh viral. Niat saya sebenarnya nak tunjuk gelagat lucu anak murid saya. Dan sebenarnya mereka ada bakat dalam tulis pantun.
Antara surat cinta dan pickupline anak muridnya yang dikongsi Zulaikha turut membuat netizen terhibur.
"Saya pun terkejut bila ada je yang turut berkongsi pengalaman sama macam yang saya lalui dalam thread tersebut," katanya.
Walaupun berdepan pelbagai karenah anak muridnya, ia tidak melunturkan semangat gadis kelahiran Kajang, Selangor ini untuk menjadi seorang pendidik.
"Saya tak ambil hati. Biasalah budak-budak mereka tahu nak happy-happy dan main je. Lagipun saya memang minat nak jadi cikgu sebab sayang dan suka budak-budak.
"Mereka sebenarnya banyak mengajar seorang guru erti kesabaran. Masa dekat sekolah rendahlah kami sebagai guru boleh bentuk dan tahu potensi mereka," katanya.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

1 comment:

  1. Admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete