Banglo Mewah Di Jual Murah Tapi Tiada Pembeli,Rupanya..... - Bulletin Saya

Thursday, 10 October 2019

Banglo Mewah Di Jual Murah Tapi Tiada Pembeli,Rupanya.....

2
Banglo Mewah Di Jual Murah Tapi Tiada Pembeli,Rupanya.....
RUMAH banglo harganya lebih RM500,000 namun dijual bawah nilai pasaran. Lokasinya di Shah Alam, Selangor.
Murah tu... di kawasan tengah bandar, tidak mungkin boleh dapat sebuah rumah dengan harga sedemikian rupa?
Lebih menarik ruang dalam rumah juga sudah diubah suai yang mempunyai plaster siling, kabinet dapur dan beberapa kelengkapan lain.
Tapi sayang, rumah pada harga murah bertahun-tahun diiklankan tetapi sehingga hari ini tiada orang sudi membeli.

Misteri rumah banglo harga murah yang masih tidak terjual itu akhirnya terbongkar apabila bekas penyewa kediaman yang tersergam indah itu mendedahkan segala-galanya.
Khabarnya, pelbagai kejadian aneh menghantui pasangan suami isteri ketika mereka menyewa di kediaman itu selama empat bulan sekitar tahun 2015.
Bekas penyewa itu tertanya-tanya, ketika mereka diminta mengosongkan kediaman tersebut oleh tuan rumah dengan alasan ia hendak dijual, mereka menyangka ia sudah ada pembeli.
Bahagian atas yang menempatkan bilik tidur master.
Tapi sehingga kini ia masih diiklankan. Ini bermakna selepas mereka tidak lagi menyewa di situ, tiada sesiapa yang sudi membeli rumah berkenaan.
Menurut Azie, sebab utama dia dan suami mahu menyewa kediaman tersebut kerana harganya murah iaitu RM1,000 sebulan, harga tidak masuk akal kerana nilai sewaan di kawasan berkenaan lebih daripada harga tersebut.
Mesti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh pemilik rumah.
Berikut ini antara kisah pelik yang dikongsikan Azie ketika menjadi penyewa kediaman berkenaan.
1. Tempat letak berhala
Ketika mula memasuki rumah berkenaan Azie dan suami mendapati terdapat tempat tapak meletak berhala berdekatan bilik utama kediaman. Pemiliknya bukan beragama Islam.
Disebabkan merasai sesuatu perkara aneh setiap kali melintasi ruangan tersebut. Dia kemudiannya mengambil inisiatif dengan meletakkan senaskah Al-Quran di tapak berkenaan semata-mata untuk menyedapkan hatinya supaya lebih berani.
2. Kerap blackout
Bayangkan selama empat bulan menyewa di situ, ia seakan-akan menjadi rutin harian rumah itu seringkali mengalami blackout. Jelas Azie lagi, selain rumahnya, kawasan kediaman jiran tetangga turut menglami kejadian serupa. 
Bukan masalah itu sahaja, telefon bimbit juga sukar menerima signal jika berlaku blackout  walaupun satu bar. Kosong! Barangkali boleh juga dikatakan masalah teknikal.
Walaupun begitu, sebagai pasangan yang baru sahaja membina bahtera perkahwinan semestinya dia bersyukur kerana semua kemudahan serta perabot boleh dikatakan agak lengkap. Jadi tidak perlulah mereka membazir wang kerana hampir semuanya sudah tersedia dalam rumah.
Pintu utama di bahagian ruang tamu rumah.
3. Bau asap
Menurut pasangan itu, dek kerana hanya tinggal berdua sahaja selain ditemani beberapa ekor kucing, mereka jarang menjejak kaki ke tingkat atas yang menempati sebuah bilik tidur master.
Hanya jika keluarga terdekat serta ibu bapa mereka datang, baharulah bilik tersebut digunakan. Ia dijadikan sebagai bilik tetamu.
Kongsi wanita itu, bau asap seolah-olah yang digunakan orang bukan Islam sembahyang boleh dihidu dengan kuat jika mereka masuk ke ruangan bilik master. Di bilik lain, bau itu tiada.
4. Kacau-kacau manja
Mengikut cerita orang dahulu, jika terasa meremang bulu roma maksudnya wujud 'benda' pelik ada berdekatan kita.
"Bulu roma naik tu tak payah ceritalah. Tapi aku tak pernah nampak depan mata. Dia kacau-kacau manja gitu.
"Ada sekali tu aku solat Subuh, tepi aku ada botol plastik yang dah terbaring. Lepas je bagi salam, botol tu tergolek perlahan je kat aku... Eh eh eh eh... Botol tu betul depan aku dan kucing aku takde kat situ," cerita Azie.
Bertambah pelik lagi apabila kipas pun tidak dipasang, jadi bagaimana botol itu boleh bergolek dengan sendiri tanpa ada sebarang angin.
Ruang dapur dengan dekorasi moden.
5. Kucing kembang ekor
"Pernah sekali tu pula aku balik kampung. Laki aku tinggal seorang. Masa tu dia kat bawah main game. Tiba-tiba kucing aku kembang ekor macam tengah marahkan sesuatu kat sudut tepi pintu rumah. Masalahnya tak nampak apa-apa pun kat situ," katanya.
Umum tahu, tidak dinafikan bahawa sudut merupakan antara port  kegemaran makhluk itu.
6. Ruang dapur
Mungkin sekadar perasaan, tetapi perlu diingatkan yang 'sesuatu' itulah mampu menguatkan lagi perasaan kita.
"Bulan puasa, aku nak kena sediakan sahur. Bayangkan bangun pukul empat pagi pastu kena lalu ruang makan yang lampu kelip-kelip tu dan duduk di dapur sorang-sorang. Tingkap depan sinki tu sangatlah reflective. Aku rasa kena perhati je. Bila aku mula rasa meremang aku lari pergi depan. Ulang alik gitu jelah," katanya.
Malah menurut Azie lagi, keadaan tangga di rumahnya agak gelap dan selalu terlihat ada kelibat perempuan duduk di tangga itu.
7. Sering memanggil
Kawan suaminya sering menumpang tidur di ruang tamu selepas sahaja mereka selesai bermain game.
"Apabila dia tinggal seorang kat bawah, dia dengar suara panggil nama dia dalam keadaan badan dia tak boleh gerak pun. Segala ayat Al-Quran yang teringat, dia main baca je," kongsinya lagi.
Penampakan seorang 'wanita' dipercayai di  tangga ini.
Kata suaminya kedengaran seperti ada seseorang memanggilnya dari arah luar pagar. Pada ketika itu suami bersama rakannya berada di ruang tamu sedang bersembang, manakala Azie berada berdekat pintu bermain dengan kucing peliharaannya.
Sedangkan dia langsung tidak mendengar apa-apa namun menurut rakan suaminya, dia juga turut sama dengar suara itu dengan jelas dan secara tiba-tiba keadaan bertukar sunyi.
"Aku cakap tak logiklah dia orang je dengar sebab aku paling dekat dengan pagar rumah. Masa tu tengok jam pukul 12 tengah malam. Takkanlah jiran panggil tengah malam. Dia orang sampai keluar tengok kat pagar. Memang takde orang," katanya.
Jelas wanita itu, selama dia menetap di situ hanya kaum lelaki sahaja yang sering diganggu serta dipanggil nama sedangkan pernah juga adik perempuannya menumpang selama dua minggu namun tiada sebarang kisah pelik diceritakan oleh adiknya.
Ketika diminta untuk tinggalkan rumah, pasangan itu akhirnya bersetuju selepas memikirkan segala cabaran dan gangguan yang dihadapi.
Jelas Azie, dia sudah serik untuk menyewa rumah seperti itu dan adalah lebih sesuai menyewa kediaman milik orang Islam yang hanya membenarkan penyewa dalam kalangan orang Islam.

sumber:Mstar
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

2 comments:

  1. Admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete
  2. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.club....^_~
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete