Di Jangkiti COVID-19,Ini Kata Doktor Tentang Keadaan Terkini Putera Charles - Bulletin Saya

Thursday, 26 March 2020

Di Jangkiti COVID-19,Ini Kata Doktor Tentang Keadaan Terkini Putera Charles

0
Di Jangkiti COVID-19,Ini Kata Doktor Tentang Keadaan Terkini Putera Charles
Pewaris diraja Britain, Putera Charles disahkan positif COVID-19 dan kini sedang dikuarantin di Scotland.


Menurut kenyataan Istana Clarence House, Prince of Wales itu dilaporkan mengalami simptom sejak beberapa hari lalu tetapi masih dalam keadaan stabil.

 Manakala The Duchess of Cornwall, Camilla juga turut melakukan ujian dan didapati negatif COVID-19.


Foto: reader’s digest



Kedua-dua mereka kini sedang melalui tempoh pengasingan di Scotland. Proses saringan terhadap Putera Charles dan isteri dilakukan di NHS di Aberdeenshire selepas menunjukkan simptom-simptom wabak itu.

Pihak Istana turut tidak menolak kemungkinan Putera Charles yang berusia 71 tahun pada November nanti kemungkinan dijangkiti sewaktu bertemu rakyat jelata beberapa minggu lalu.

Disebabkan itu, doktor diraja meminta Putera Charles menjauhi bondanya dan kaum keluarga lain yang lebih berusia. Ratu Elizabeth II juga disarankan untuk tidak menetap dilokasi di mana puteranya dikuarantin buat seketika. 

Ini kerana wabak COVID-19 ini sangat bahaya buat mereka yang tergolong dalam usia emas.


Foto: Dailymail



Pihak istana turut memaklumkan kali terakhir Putera Charles bertemu bondanya adalah pada pagi 12 Mac. Dan kemungkinan beliau dijangkiti wabak COVID-19 ketika menghadiri perjumpaan pada 13 Mac.

Sumber: Daillymail | Astroawani
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment