Hati-hati...Sampel Aiskrim Positif Covid 19 - Bulletin Saya

Sunday 17 January 2021

Hati-hati...Sampel Aiskrim Positif Covid 19

0

 Hati-hati...Sampel Aiskrim Positif Covid 19

KITA semua pastinya risau sekiranya diri sendiri dijangkiti wabak Covid-19. Malah sebelum ini, turut diperkatakan mengenai jangkitan wabak itu terhadap haiwan. 

 Kali ini, satu berita yang agak aneh sedang diperkatakan di China selepas tiga sampel ais krim yang dihantar untuk ujian disahkan positif Covid-19.

 Sampel berkenan dihantar ke pusat kawalan penyakit pada awal minggu ini sebelum ujian mendapati ia dicemari wabak berkenaan. 

 Malah, pihak berkuasa di utara Tianjin kini sedang mengesan individu yang mempunyai kontak dengan makanan berkenaan.

 Produk makanan itu dihasilkan oleh sebuah syarikat yang mana kesemua keluaran mereka telah disita. 

 Menurut laporan SkyNews, ais krim syarikat itu menggunakan bahan dari New Zealand dan serbuk diimport dari Ukraine.

 Kesemua 1,662 pekerja syarikat makanan itu juga telah diasingkan dan menjalani ujian pada 14 Januari. 

- Daily Star.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment