Fattah-Fazura:Berbalas Komen,Cinta Pun Bermula - Bulletin Saya

Tuesday 28 November 2017

Fattah-Fazura:Berbalas Komen,Cinta Pun Bermula

0
Fattah-Fazura:Berbalas Komen,Cinta Pun Bermula

Segala spekulasi percintaan Fattah Amin dan Fazura akhirnya tamat apabila mereka berdua sudah sah bergelar suami isteri semalam. 
Meskipun ramai yang kecewa kerana mereka tidak berterus-terang tentang tarikh majlis pernikahan yang berlangsung, peminat tetap juga mengucapkan tahniah kepada Fattah dan Faz serta mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
Apa kata kita “recap” kembali saat perkenalan Fattah dan Fazura dan kronologi percintaan mereka.
Fattah dan Fazura mula rapat ketika bergandingan bersama dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella sekitar bulan Mei lalu. 
Lakonan mereka berdua yang penuh dengan “chemistry” berjaya memikat hati penonton sehingga wujudnya hashtag #FattZura.


Hubungan mereka tidak terhenti selepas tamat penggambaran drama HSC dan mereka kerap keluar bersama. Dari situ, bermula lah spekulasi mengatakan mereka sedang bercinta dalam diam. 
Walaubagaimanapun, Fattah ketika itu menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Tidak lama selepas itu, Fattah dan Fazura sekali lagi digandingkan bersama dalam drama Wanita Terindah.
 Pada masa yang sama, gosip mengenai percintaan mereka berdua terus hangat diperkatakan kerana kemesraan antara mereka berdua semakin jelas kelihatan.
 Mereka saling berbalas komen di Instagram dan menghadiri acara hiburan bersama.
Fazura turut meraikan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke 27 pada 14 September lalu dan paling mendapat perhatian ramai ialah ketika Fattah mengirim 500 kuntum bunga mawar sempena ulang tahun kelahiran Fazura yang 34.


Selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai berita pertunangan mereka, akhirnya Fattah menerusi satu sidang media khas  selepas mereka pulang dari Mekah mengakui beliau sudah bertunang dengan Fazura pada 13 November lalu dalam sebuah majlis tertutup atas permintaan keluarga mereka dan tidak mahu menghebahkan perkara tersebut kerana mahu fokus menunaikan ibadah umrah.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Fattah dan Fazura, siapa sangka perkenalan yang agak singkat menimbulkan bibit percintaan antara mereka berdua dan akhirnya membuat keputusan untuk segera bernikah.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment