Janet Jackson Kurus Tanpa Suami - Bulletin Saya

Wednesday 22 November 2017

Janet Jackson Kurus Tanpa Suami

0
Janet Jackson Kurus Tanpa Suami

Bintang pop Amerika Syarikat, Janet Jackson dilaporkan hilang berat badan sebanyak 45 kilogram selepas mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Menurut laporan E! News, Janet kini mempunyai kehidupan yang bahagia selepas berpisah dengan suaminya, Wissam Al Manna pada April lalu.

“Janet nampaknya berjaya memulakan hidup baru selepas tertekan akibat berpisah dengan suaminya.

“Janet telah kehilangan berat badan selepas mengamalkan aktiviti olahraga serta menjaga pemakanannya.

“Malah sejak kebelakangan ini Janet kelihatan langsing serta muda apabila tampil di pentas serta mendapat pujian ramai.

“Kehidupan Janet juga kini jauh berbeza dengan kehidupan sebelumnya dan dia juga hidup bahagia bersama anaknya, Eissa Al Mana,” kata sumber.

Janet Jackson dan Wissam Al Manna berkahwin pada tahun 2012 dan berpisah pada April 2017.

Punca perpisahan mereka didakwa ekoran sikap acuh tak acuh Wissam terhadap ibu Janet, Trent Lamar Jackson.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment