Proses pemasangan pula memerlukan tiga tenaga manusia bagi tempoh antara enam hingga tujuh jam termasuk pemasangan bumbung, dinding bahagian dalam serta lantai
Rumah tersebut boleh dibina di mana-mana lokasi tanpa memerlukan tapak konkrit dan ia datang dalam pelbagai saiz bermula dari 26.9 hingga 83 meter persegi yang mempunyai tangga.
Semua model asas mempunyai sebuah bilik mandi, bahagian dapur serta panduan pemasangan teknikal akan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh 60 hari selepas lakaran akhir.
Komponen rumah tersebut yang merupakan produk syarikat M.A. Di Home dikeluarkan di sebuah kilang di Itali dan boleh diangkut ke lokasi baharu menggunakan trak.


– Agensi