Nikah Mawar Rashid hari ini, Raf Yaakob pohon restu ibu - Bulletin Saya

Thursday 9 November 2017

Nikah Mawar Rashid hari ini, Raf Yaakob pohon restu ibu

0
Nikah Mawar Rashid hari ini, Raf Yaakob pohon restu ibu

PASANGAN sama cantik sama padan Raf Yaakob dan Mawar Rashid bakal melangsungkan pernikahan mereka petang Khamis.

Astro Gempak difahamkan majlis pernikahan Raf dan Mawar diadakan secara tertutup dan akan dihadiri oleh keluarga serta kenalan terdekat pasangan ini.

Majlis akad nikah Raf dan Mawar bakal berlangsung pada pukul 2.30 petang di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Sebelum menjelang hari pernikahannya petang ini, adik kepada penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob ini memohon restu daripada ibu tercinta, Datin Umi Kalsom.

Raf telah memuat naik status di laman sosial Facebooknya pada pukul 8 malam Rabu dan meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau perbuatan.

Presiden Kelab Bola Sepak Manchester United Malaysia itu turut memohon ibunya mendoakan semua urusan berjalan lancar.

“Ibu sayang...Maafkan Zal andai ada terkasar bahasa dan perbuatan. Halalkan makan minum Zal selama ini. Syurga Zal di bawah tapak kaki Ibu selamanya. Zal pohon doa restu ibu bernikah dengan Mawar. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Amin. Sayang Ibu (and bapak) dunia akhirat,” tulisnya pada entri tersebut.

Sementara itu, Umi Kalsom yang membaca tulisan ditulis anaknya itu membalas status tersebut  dan mendoakan Raf bersama isterinya bahagia hingga ke Jannah.

“Sayang ibu, kebahagiaan ibu hanyalah tika bersama anak-anak...Tiada yg lain dapat membahagiakan ibu selain dari dambaan ibu kepada anak-anak. Doa dan restu ibu senantiasa, semoga adik bahagia hingga ke jannah. Usah disebut halalkan makan minum. Sayang, seandainya di dalam mulut pun sanggup ibu keluarkan demi anak-anak kesayangan ibu,” luahnya penuh kasih sayang.
Selain itu Raf turut menulis ucapan untuk bakal ibu mentuanya, yang menggunakan nama Marinee Rashid di laman sosial Facebook dalam sebuah lagi entri.
"Mummy sayang. Macam mana Raf menjaga Ibu dan anak-anak Raf, macam tu lah Raf akan jaga Puteri kesayangan mummy ni. Thank you mummy, for accepting me in your family. Thank you for letting me marrying your daughter. Cinta mati Raf hanya pada @mawarashid seorang," tulisnya.

Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob telah melangsungkan pertunangan dengan Mawar Rashid pada 7 Julai lalu dalam sebuah majlis tertutup di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.

Terdahulu, Raf, 32, telah menghantar rombongan merisik bersama keluarganya pada 7 Mei tahun ini.

Foto: Facebook Raf Yaakob
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment