Ibu Dukung Mayat Anak Didalam Plastik
MEXICO – Seorang ibu dipercayai membawa mayat anak lelakinya yang diletakkan di dalam sebuah beg plastik dengan menaiki sebuah bas dari Mexico.
Silvia Reyes Batalla dikatakan mahu mengebumikan mayat anaknya itu di kampung halaman mereka tetapi mereka tidak mampu untuk membayar kos pengangkutan lain.
Namun ketika ditanya apa yang dilakukannya, Silvia dan juga kekasihnya, Alfonso Refugio Domunguez, 53 berkata mereka ingin membawa mayat anak lelaki mereka berusia tiga tahun lima bulan untuk dikebumikan di Puebla.
Difahamkan bahawa kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia sehari sebelum itu selepas mengalami masalah jantung.
Tetapi anaknya telah meninggal dunia ketika dia membawanya ke Mexico.
Disebabkan itu, dia merancang untuk pulang ke Puebla pada keesokan harinya supaya anaknya boleh dikebumikan di sana.
Pada mulanya syarikat bas yang dinaiki mereka dikatakan salah faham mengenai situasi tersebut dan segera menghubungi paramedik tetapi kanak-kanak tersebut telah disahkan meninggal dunia.
Dan pasukan perubatan iu telah menambah kisah kematian kanak-kanak itu yang diceritakan Silvia munasabah.
Pihak pendakwa dikatakan sedang menyiasat punca kematian sebenar kanak-kanak tersebut, lapor Media Mexico.
Bagaimanapun Silvia tidak dipastikan lagi sama ada didakwa atas sebarang kesalahan. Sumber: Mstar Online