Kesan bila Trump iktiraf Baitulmaqdis jadi ibu kota Israel
KUALA LUMPUR: Baitulmaqdis kini bukan lagi milik Palestin, tetapi menjadi ibu kota Israel."
Itu yang akan diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Seorang pegawai kanan pentadbiran White House berkata pengumuman itu akan dibuat Trump semasa ucapannya di White House pada 1 tengah hari waktu tempatan atau 1 pagi waktu Malaysia.
“Beliau akan mengumumkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Beliau juga akan menyifatkan pengumuman kontroversi ini sebagai realiti sejarah dan kemodenan,’’ kata pegawai berkenaan yang enggan dikenali kepada BBC News.
Sementara itu, penganalisis melihat pengiktirafan ini sekali gus menamatkan dasar berhati-hati Washington berhubung isu Asia Barat.
“Selain itu, ia dilihat sebagai tidak mengendahkan amaran mengenai kesilapan yang mencetuskan keganasan di rantau itu.
“Tetapi bukan itu sahaja, pengiktirafan ini akan menyukarkan usaha damai Palestin-Israel yang tersangkut sekian lama disebabkan beberapa isu, termasuk soal Baitulmaqdis, ’’ kata penganalisis Asia Barat dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM, Profesor Dr Kamaruzaman Yusoff ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Menurutnya, beliau menjangkakan pengumuman Trump itu mendapat kecaman pelbagai pihak khususnya dalam kalangan pemimpin dan warga Palestin.
Lebih akan mendapat kecaman kata Kamaruzaman, tindakan Trump di mana selepas ini beliau akan akan turut sama mengarahkan perpindahan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitumaqdis.
“Walaupun ia akan mengambil masa mencari lokasi bersesuaian, menangani soal keselamatan, mereka kemudahan baharu, membiayai kemudahan baharu dan membinanya, ia sudah pasti akan mencetuskan kontroversi susulan,’’ ujar beliau.
Menyusuli perkembangan ini, pegawai kerajaan AS diarah menjauhi Kota Lama Baitulmaqdis dan Tebing Barat disebabkan sifatnya yang akan mencetuskan bantahan besar-besaran.
Sebelum ini, menjelang pengumuman berkenaaan, pemimpin Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Kesatuan Eropah (EU) selain Perancis dan Jerman memberi amaran kepada Trump mengenai impak kepada tindakannya itu.
Malah, awal-awal lagi Konsulat AS di Baitulmaqdis telah mengarahkan kakitangan dan ahli keluarga mereka supaya tidak melakukan perjalanan peribadi ke Kota Lama Baitulmaqdis atau Tebing Barat.
Ini kerana bimbang berlakunya rusuhan ke atas keputusan mengejut AS berkenaan Baitulmaqdis.
Kumpulan warga Palestin sebelum ini mengancam akan melakukan protes besar-besaran jika Trump mengakui Baitulmaqdis adalah ibu negara Israel.
Untuk rekod Israel sering kali menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya, manakala Palestin turut mendakwa Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota bagi masa depan sebuah negara Palestin berdaulat.
Apabila Baitulmaqdis diangkat atau diiktiraf sebagai ibu kota Israel, AS menjadi negara pertama berbuat demikian pasca perang pada 1948.
Isu Baitulmaqdis antara duri dalam daging dalam isu damai Israel-Palestin selain pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah milik Palestin.
Berdasarkan perjanjian Palestin-Israel 1993, status akhir berhubung Baitulmaqdis perlu dibincangkan dalam siri rundingan damai seterusnya.
Bagaimanapun malangnya, rundingan damai Israel-Palestin sudah menemui jalan buntu sejak sekian lama.
“Justeru, tindakan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel ini akan menyebabkan proses menggerakkan usaha damai lebih terjejas,’’ jelasnya.
sumber: Astro Awani
Isu Baitulmaqdis antara duri dalam daging dalam isu damai Israel-Palestin selain pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah milik Palestin. - Gambar fail