Iqram Dinzly Tak Betul,Ibu Beri Penjelasan - Bulletin Saya

Sunday 24 December 2017

Iqram Dinzly Tak Betul,Ibu Beri Penjelasan

0
Iqram Dinzly Tak Betul,Ibu Beri Penjelasan

IBU kepada pelakon Iqram Dinzly menjelaskan bahawa beliau mengetahui mengenai perilaku dan tindak tanduk anaknya yang didakwa berperangai pelik oleh segelintir netizen.

Pendedahan ibu Iqram itu dimuat naik secara ‘live’ oleh Iqram menerusi video yang dikongsi di laman media sosialnya.

“Netizen dengar penjelasan mama saya…Mama Iqram menari dekat tingkat atas rumah mama tahu tak?

“Tahu jawab mamanya, mama nampak,” jelas ibunya.

Jelas ibunya, segala perlakuan Iqram itu adalah disebabkan keturunan mereka yang berketurunan darah seni.

“Kami keluarga seni, boleh menari, menyanyi macam-macam seni ada,” katanya lagi.
Sebelum ini, Iqram didakwa semakin pelik dan perangai anehnya bermula diperkatakan sejak Oktober lalu.

Ada beberapa gambar di Instagram termasuklah selfie bersama bapanya ketika sakit serta gambar di tanah perkuburan arwah bapanya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif.

Iqram juga dilihat semakin kurus selain fesyen berserbannya yang mencetuskan tanda tanya.

Bapa Iqram Dinzly meninggal dunia 10 Oktober lalu kerana penyakit diabetes dan darah tinggi serta diserang angin ahmar.

Kini Iqram tinggal bersama ibunya di Ipoh Perak.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment