KARACHI - PAKISTAN.Polis berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun daripada berkahwin dengan lelaki berusia 50 tahun, selepas mereka menyerbu tempat berlangsungnya perkahwinan kanak-kanak berkenaan.

Dalam serbuan itu, pihak polis berjaya menahan sebelas orang termasuk ibunya, lapor Mirror Uk.

Namun polis gagal menangkap pengantin lelaki yang berjaya melarikan diri daripada rumah berkenaan.

Menurut pegawai polis Gulzar Mari, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam bahawa ada seorang kanak-kanak kecil  dipaksa berkahwin dengan lelaki berusia 50 tahun.
"Kami mengambil tindakan segera dan menyerbu rumah Muhammad Mehar.

Beliau adalah broker dalam perkahwinan ini," katanya.

Polis telah mendaftarkan kesini  di bawah Akta Pengikatan Perkahwinan Kanak-kanak dan telah menghadapkan semua pesalah di Mahkamah pada Rabu lalu.

Sementara itu, Mahkamah telah mengarahkan kanak-kanak berkenaan untuk dihantar dan tinggal bersama datuknya.


Mahkamah juga telah memberikan masa dua hari kepada polis untuk menangkap pengantin lelaki itu.

Perkahwinan ini dipercayai dirancang oleh ibunya, semata-mata untuk menebus hutang berjumlah RM 18,607 daripada lelaki berkenaan.

Wanita itu yang dikenali sebagai Masmat Nabiat berbuat demikian kerana tidak mampu membayar segala hutangnya setelah didesak menjual rumahnya bagi melunaskan hutang berkenaan.
Caught red handed: Qazi Haji Solangi who performed the marriage of the girl to the 50 year old man