Walau Dah 15 Tahun, Suami Isteri Ini Tak Pernah Lupa ‘Punca Keberkatan Kewangan Keluarga’
ROMANTIK.. Ieza Yusof dan Norazmi Mohd Yusof bercuti berdua di London
Jutawan muda, Norriza Muhamad Yusof yang lebih popular dengan nama Ieza Yusof tak pernah lupa mempraktikkan 10 rahsia yang membolehkan dirinya dan suami, Norazmi Mohd Yusof memperoleh keberkatan kewangan dalam rumah tangga.
Akuinya 10 rahsia bahagia hidup inilah yang diamalkannya selaku Pakar Pengurusan Hartanah & Risiko Kewangan, dan itulah punca bahagia hidup mereka suami isteri.
Tip ini dikongsikan ketika beliau bercuti berdua bersama suaminya di luar negara. “Rahsia kebahagiaan hidup dan keberkatan kewangan rumah tangga hanya untuk 18 tahun ke atas.
Baca sampai habis sebab MJ share tips zahir batin.” Tulisnya yang turut menggelar dirinya MJ.
Baca sampai habis sebab MJ share tips zahir batin.” Tulisnya yang turut menggelar dirinya MJ.
“MJ kahwin dah masuk tahun ke-15, kenal suami MJ masa sama-sama zaman belajar di U dulu tahun 1997. Hope korang cukup dewasa untuk faham penulisan ni sebab agak sensitif untuk 18 tahun ke bawah.”
10 Tip MJ Dan Suami Memperoleh Berkat Kewangan Rumah Tangga
1. Jaga Hubungan Badan Antara Suami Isteri
Walau umur dah tua tetap jaga HUBUNGAN BADAN antara SUAMI ISTERI. Hubungan badan di LUAR bilik dan di DALAM bilik. Faham ke faham?
Ni tak selalunya bila dah kahwin lama, suami nak pegang tangan isteri pun macam pelik! Huhu…kan dapat pahala tu. Baru lah berkat!
2. HOLIDAY Cuma Berdua
HOLIDAY hanya berdua. Sekali lagi MJ tekankan HANYA BERDUA. Tanpa anak-anak. At least 2 kali setahun! Tapi Alhamdulilah MJ & husband minimum 5 kali setahun. Rezeki Allah bagi honeymoon berdua setiap tahun. Alhamdulillah.
Jadi, kenalah susun bajet simpan duit setiap bulan untuk honeymoon kekalkan kebahagiaan. Holiday berdua ni theraphy untuk kebahagiaan.
3. Beri Senarai Bajet Bulanan Dekat Suami
Listkan BAJET BULANAN kepada suami supaya dia tahu part apa dia perlu bayar. LELAKI ni sebenarnya senang saja. Yang jadi susah bila kita tak cakap suruh buat. So sebagai isteri kite listkan tanggungjawab yang dia perlu bayar.
So dia akan buat je. Kita pula sebagai isteri juga ada part yang kita bayar. Tak payah lah nak berkira-kira sangat. In sha Allah ada keberkatan kewangan di situ.
4. Settlekan Umrah/Haji Mak Ayah
TARGET awal-awal settlekan MAK AYAH umrah dan haji. Alhamdulillah both dah settled!
5. Konsisten Sedekah
SEDEKAH yang konsisten kepada masyarakat sebab antara 3 perkara yang kita boleh tinggalkan selepas kita MATI (TARGET : Sedekah amal jariah )
1. SEDEKAH amal jariah
2. DOA anak yang soleh
3. ILMU yang dimanfaatkan.
2. DOA anak yang soleh
3. ILMU yang dimanfaatkan.
6. Ini Cara Nak Bagi Elaun Bulanan Mak Ayah
Bagi mak ayah masing-masing elaun bulanan wajib dan wajib naik minimum 10% setiap tahun. Kalau kita nak gaji kita naik sebab harga barang naik off course mak ayah kite pun nakkan! Mulakan konsisten walau sedikit dan target naik setiap tahun.
Tak kan pernah MISKIN kita kalau utamakan mak ayah kita.. ingat tu! ( TARGET : Anak yang soleh )
7. Suami Isteri Kena Saling Menyokong
KAMI suami isteri saling menyokong antara satu sama lain dalam misi mencari ILMU untuk dimanfaatkan. ( TARGET : Ilmu yang dimanfaatkan )
8. Tiap Bulan Jenguk Mak Ayah
Balik kampung setiap bulan. Tak pernah rasa kurangnya kewangan sebab utama nak visit tengok muka MAK selagi diaorang ada. ( Both AYAH dah meninggal . Al fatihah )
9. Makan Satu Talam
Makan dalam TALAM berebut-rebut eratkan kasih sayang follow SUNNAH Nabi Muhammad SAW.
10. Ajar Anak-anak Rancang Kewangan
Both educate anak-anak dalam perancangan kewangan. Anak-anak & kami memang ada tabung masing-masing
Sebenarnya banyak lagi MJ nak share tapi dah sampai BICESTER VILLAGE pula. TAG suami Isteri korang kalau rasa boleh manfaatkan!
NOTA KAKI :
Kami berdua anak Kelahiran FELDA . MJ nak bayar Yuran sekolah kena jual cendawan kutip daripada kebun kelapa sawit!
Kami berdua anak Kelahiran FELDA . MJ nak bayar Yuran sekolah kena jual cendawan kutip daripada kebun kelapa sawit!
Sumber/Foto : Ieza Yusof