Anak Saudara Sultan Brunai Antara Pemain Bolasepak Terkaya Dunia - Bulletin Saya

Sunday 7 January 2018

Anak Saudara Sultan Brunai Antara Pemain Bolasepak Terkaya Dunia

0
Anak Saudara Sultan Brunai Antara Pemain Bolasepak Terkaya Dunia

JIKA bercakap siapakah pemain bola sepak paling kaya di dunia, pemikiran akan tertumpu kepada Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar.

Namun begitu di sebalik kekayaan bintang bola sepak dunia itu, tiada siapa menyangka pemain berusia 19 tahun iaitu Faiq Jefri Bolkiah, anak suadara kepada Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah antara tersenarai sebagai pemain paling mahal.

Beliau ditawarkan kontrak bernilai AS$20 bilion (RM80 bilion) untuk bermain dengan Kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City.

Pemain sayap Foxes ini telah bermain di England  beberapa musim sebelum memulakan kerjayanya dengan AFC Newbury sebagai pemain muda.

Pada 2009, Southampton menawarkan Faiq bermain dengan akademi mereka.
Dalam Piala Lion City, Faiq yang bersama Gunners pada 2013 berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan itu.



Beliau ditawarkan kontrak tiga tahun bersama Leicester City. FOTO: Instagram miliknya.

Chelsea juga pernah memberi tawaran kepadanya selama dua tahun namun selepas setahun menyertainya, beliau memutuskan untuk menyertai Leicester untuk kontrak tiga tahun.

Faiq yang dilahirkan di Los Angeles, Amerika Syarikat pernah bermain untuk negaranya dan mewakili Brunei sebanyak sembilan kali dengan sekali jaringan gol.

Dalam satu temubual Faiq berkata beliau bermain bola sepak sejak zaman kanak-kanak dan berasa seronok apabila bola berada di kakinya.

Beliau juga banyak mendapat sokongan daripada keluarganya untuk bermain dalam sukan itu.
“Mereka (keluarga) melatih saya baik secara psikologi dan fizikal sejak zaman kanak-kanak saya, jadi saya perlu mengatakan mereka adalah model saya,” katanya.

Beliau merupakan anak kepada Pengiran Muda Jefri Bolkiah.

Untuk rekod ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 50, ayahandanya pernah menerbangkan raja pop Michael Jackson ke Brunei dengan kos keseluruhan dianggarkan bernilai £12.5 juta (RM67.81 juta) - Mirror

Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment