Jangan Ejek Xiao Yan
GUIYANG, China – Wajah seorang wanita di sini bertukar bentuk selepas melakukan implan pengembang bagi merawat tanda lahir yang dikhuatiri boleh bertukar menjadi kanser.
Xiao Yan, 23, memerlukan rawatan aneh itu bagi membolehkan pertumbuhan sel baharu untuk menggantikan kulit wajahnya selepas tanda lahir itu dibuang
Dia yang tinggal di kampung Longjing di sini menghadapi masalah kulit aneh dikenali sebagai kongenital nevus melanositik yang dihidapi oleh seorang dalam 500,000 orang.
Pengembangan tisu didakwa merupakan rawatan paling baik untuk tahi lalat yang sangat besar dan doktor akan menyuntik air garam ke dalam alat implan itu dua kali seminggu bagi membantu meregangkan kulitnya.
Susulan keadaan wajahnya itu, ibunya, Yang Xiu’e merayu penduduk kampung supaya berhenti mengejek Yan.
Rawatan itu akan diteruskan selama lima bulan sebelum menjalani lima atau enam pembedahan yang dijangka berakhir pada Jun tahun ini.
Kesian Xiao Yan ..dari berwajah cantik,ceria jadi macam tu.Diharapkan gadis ini kembali sihat seperti semula
sumber-Agensi