Cantiknya Mersing Macam Maldives
Wanita Ini Kongsi Cara Daytrip Ke Kepulauan Mersing Yang Cantiknya Macam Maldives Tu..:
Berangannya nak jejak pulau Maldives, tempat glamour yang Hanis Zalikha dan Hairul Azreen pernah sampai tu. Tapi kos cuma mampu jalan-jalan dalam Malaysia je. Janganlah rasa Malaysia ni tak best, sebab dekat Kepulauan Mersing, Johor pun cantiknya macam dekat Maldives.
Seronok tengok percutian yang dikongsikan oleh Yusniza Yusoh dengan rakan-rakannya ini. Itu percutian 2 hari 1 malam menjelajah beberapa buah pulau yang ada di Kepulauan Mersing.
Trip Daytrip Ke Kepulauan Mersing, Johor
Perjalanannya bermula dari Jengka -Kuantan. Sekitar jam 8.15 menaiki bas Transmalaya. Tiket bas dari Kuantan-Mersing adalah RM18.20.
Jam 11.45 malam pula kumpulan ini naik Plusliner dari Terminal Sentral Kuantan dan sampai di pekan Mersing sekitar 3 pagi.
Bagi mereka yang naik bas dari Kuala Lumpur, boleh terus beli tiket di TBS. (Terminal Bersepadu Selatan – iaitu terminal bas utama di bahagian selatan di Kuala Lumpur. Pakcik bas akan turunkan dekat tepi jalan.
Tapi jangan risau, kawasan jeti dekat kawasan situ juga. Nanti anda perlu jalan kaki dalam 10 minit gitu je. “Kami berjalan dan melepak di kedai mamak sementara tunggu pagi.”
Hostel sebelah mamak tu je iaitu Riverside Hotel. Ambil family room kosnya dalam RM132.27. Kami request chek ini awal. Jadi check ini dalam pukul 710 pagi untuk letak barang dan bersiap.
Untuk pengetahuan, kawasan pekan Mersing ini sangat mudah diakses. Jeti, terminal bas, hotel, restoran, dobi, semuanya dekat.
Jadinya tak perlu risau. Terutama untuk siapa-siapa yang terlintas nak pergi tapi tak berapa berani.
Panduan yang dikongsikan Yusniza ini cukup-cukup membantu untuk anda menikmati perjalanan adventure percutian yang indah dan menenangkan.
Sebaik Sampai Jeti
Sampai jeti, breakfast sambil tunggu boatman dengan planner pakej yang kami guna. Kami ambil pakej daripada Chekgu Murni (info lanjut ada dalam posting Yusniza). Mereka ambil pakej daytrip dengan kos RM140 per pax.
Sekitar jam 9.30 pagi kami naik boat dan menuju ke destinasi iaitu Pulau Sibu, Pulau Lima Besar dan Lima Kecil. Kami juga membuat hiking di Pulau Sibu Kukus, Gua dan Pulau Tinggi.
Setelah puas meronda, kumpulan ini menikmati makan tengah hari di Pulau Sibu Kukus. Snek dan air unlimited untuk dimakan di atas bot.
“Bagi mereka yang mabuk laut, makan ubat mabuk laut siap-siap sebelum naik bot dan sediakan ubat angin untuk kecemasan“.
Air di Mersing berombak agak kuat jadi pastikan jaket keselamatan dipakai siap-siap sebelum bot berjalan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Esok pagi, check out hotel pukul 10 pagi, makan tengah hari di kedai sebaris dengan hotel dan naik bas Plusliner ke Kuantan pukul 12 tengah hari. Total perjalanan saya untuk jelajah daytrip ke ke Kepulauan Mersing tambah tolak dalam RM 250.
Semoga panduan dan info yang dikongsikan oleh Yuniza Yusoh ini membantu anda yang berhasrat mahu ke Kepulauan Mersing.
Tak rugi datang ke tempat ini, cepat pemandangannya memang cantik, air lautnya jernih membiru. Ini pun boleh masuk dalam senarai destinasi percutian bebas tress.
Sumber/Foto : Yusniza Yusoh
Wanita Ini Kongsi Cara Daytrip Ke Kepulauan Mersing Yang Cantiknya Macam Maldives Tu..:
Berangannya nak jejak pulau Maldives, tempat glamour yang Hanis Zalikha dan Hairul Azreen pernah sampai tu. Tapi kos cuma mampu jalan-jalan dalam Malaysia je. Janganlah rasa Malaysia ni tak best, sebab dekat Kepulauan Mersing, Johor pun cantiknya macam dekat Maldives.
Seronok tengok percutian yang dikongsikan oleh Yusniza Yusoh dengan rakan-rakannya ini. Itu percutian 2 hari 1 malam menjelajah beberapa buah pulau yang ada di Kepulauan Mersing.
Trip Daytrip Ke Kepulauan Mersing, Johor
Perjalanannya bermula dari Jengka -Kuantan. Sekitar jam 8.15 menaiki bas Transmalaya. Tiket bas dari Kuantan-Mersing adalah RM18.20.
Jam 11.45 malam pula kumpulan ini naik Plusliner dari Terminal Sentral Kuantan dan sampai di pekan Mersing sekitar 3 pagi.
Bagi mereka yang naik bas dari Kuala Lumpur, boleh terus beli tiket di TBS. (Terminal Bersepadu Selatan – iaitu terminal bas utama di bahagian selatan di Kuala Lumpur. Pakcik bas akan turunkan dekat tepi jalan.
Tapi jangan risau, kawasan jeti dekat kawasan situ juga. Nanti anda perlu jalan kaki dalam 10 minit gitu je. “Kami berjalan dan melepak di kedai mamak sementara tunggu pagi.”
Hostel sebelah mamak tu je iaitu Riverside Hotel. Ambil family room kosnya dalam RM132.27. Kami request chek ini awal. Jadi check ini dalam pukul 710 pagi untuk letak barang dan bersiap.
Keluar Ke Jeti Mersing
Lepas tu kami keluar semula pukul 8.30 untuk ke jeti. Jalan kaki lagi dalam 10 minit. Lenggang kangkung saja. Kalau lenggang bayam, cepat la sikit. Hihihi..Untuk pengetahuan, kawasan pekan Mersing ini sangat mudah diakses. Jeti, terminal bas, hotel, restoran, dobi, semuanya dekat.
Jadinya tak perlu risau. Terutama untuk siapa-siapa yang terlintas nak pergi tapi tak berapa berani.
Panduan yang dikongsikan Yusniza ini cukup-cukup membantu untuk anda menikmati perjalanan adventure percutian yang indah dan menenangkan.
Sebaik Sampai Jeti
Sampai jeti, breakfast sambil tunggu boatman dengan planner pakej yang kami guna. Kami ambil pakej daripada Chekgu Murni (info lanjut ada dalam posting Yusniza). Mereka ambil pakej daytrip dengan kos RM140 per pax.
Sekitar jam 9.30 pagi kami naik boat dan menuju ke destinasi iaitu Pulau Sibu, Pulau Lima Besar dan Lima Kecil. Kami juga membuat hiking di Pulau Sibu Kukus, Gua dan Pulau Tinggi.
Setelah puas meronda, kumpulan ini menikmati makan tengah hari di Pulau Sibu Kukus. Snek dan air unlimited untuk dimakan di atas bot.
“Bagi mereka yang mabuk laut, makan ubat mabuk laut siap-siap sebelum naik bot dan sediakan ubat angin untuk kecemasan“.
Air di Mersing berombak agak kuat jadi pastikan jaket keselamatan dipakai siap-siap sebelum bot berjalan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Balik Semula Ke Jeti Mersing
Pukul 6 petang, kumpulan kami balik ke jeti Mersing. Pulang ke hotel dan rehat.Esok pagi, check out hotel pukul 10 pagi, makan tengah hari di kedai sebaris dengan hotel dan naik bas Plusliner ke Kuantan pukul 12 tengah hari. Total perjalanan saya untuk jelajah daytrip ke ke Kepulauan Mersing tambah tolak dalam RM 250.