Tahukah Anda 8 Benda Ini Tidak Boleh Dipakai Dalam Kapal Terbang - Bulletin Saya

Monday, 22 January 2018

Tahukah Anda 8 Benda Ini Tidak Boleh Dipakai Dalam Kapal Terbang

0
Tahukah Anda 8 Benda Ini  Tidak Boleh Dipakai Dalam Kapal Terbang:


                            135980C9-A223-43B5-AB2C-E4D70A04DD20-300




Adalah amat penting untuk kita pakai pakaian yang selesa apabila menaiki kapal terbang untuk jarak yang dekat ataupun jauh. Tambahan pula, ia akan memudahkan perjalanan kita.

Berikut adalah tips yang boleh digunakan untuk sesiapa yang selalu menggunakan kapal terbang untuk travel.

8.Minyak Wangi

                                 1BD53ADF-4BFC-45B4-AC75-EC8BB90B168B-300


Anda akan berada di kawasan yang kecil dan sesak apabila berada di dalam kapal terbang. Elakkan menggunakan minyak wangi yang terlampau kuat baunya. Ia akan mengganggu penumpang yang lain dan mungkin ada di antara mereka yang alah dengan bau minyak wangi anda.

7.Pakaian Yang Ketat



                           9ECC2A0C-6C98-4CC3-AECA-265B9135E46A-300


Elakkan pakaian ketat terutama jika perjalanan anda lebih daripada 4 jam. Individu yang berada di dalam perjalanan yang jauh lebih cenderung untuk pengalami DVT (deep vein thrombosis). DVT adalah pembekuan darah yang terbentuk di dalam urat yang paling dalam, biasanya di bahagian kaki. Pakai pakaian yang longgar dan berjalan sedikit jika boleh.

6.Pakaian Yang Simple



                                  40F3B578-37F8-4963-AE0E-6C1B702DBBA2-300


Pakai pakaian yang mudah untuk anda bergerak dalam ruang yang sempit. Baju yang mempunyai banyak butang dan zip akan menyusahkan anda.

5.Baju Dan Perhiasan Yang Mengandungi Besi



                                A1579DE2-AF8B-4B45-AC1C-9E0F445B9390-300


Tidak menghairankan jika kasut yang mempunyai kemasan besi dan barang kemas yang diperbuat daripada besi akan melambatkan perjalanan anda melalui pintu keselamatan. Baju yang mempunyai kemasan besi akan menyusahkan anda. Kalau kasut senang ditanggalkan, kalau baju? Menyusahkan bukan?

4.Baju Nipis

                                      2349A29B-EC9E-42E2-B3BF-02855CB6BBF0-300


Walaupun anda hanya terbang di dalam Malaysia. Pilih pakaian yang sedikit tebal kerana anda mungkin akan kesejukan di dalam kapal terbang. Pakai baju yang berlapis mungkin memudahkan anda.

3.Kanta Lengkap



                          6D6AD5B1-7C11-4041-98C7-11576EBB1FC9-300


Purata kelembapan di dalam kapal terbang boleh menjadi 20% lebih rendah dan ini menyebankan kanta lengkap anda kering dan memedihkan mata. Jika perjalanan anda jauh, jangan pakai kanta lengkap terutama jika anda mahu tidur.

2.Kasut Tumit Tinggi



                          EB509467-4158-411D-87CA-E372A1104EEC-300


Pegawai keselamatan akan meminta anda buka kasut anda.Kasut tumit tinggi mempunyai rangka besi yang akan membunyikan penggera. Anda juga tidak mahu berkaki ayam di lapangan terbang bukan?

1.Baju Bercorak Perkataan Provok



                              A92D247D-C7C8-499C-900C-48CCDE0077A8-300


Anda mungkin tak percaya hal ini, tetapi terdapat individu yang ditahan untuk berlepas kerana cara pemakaian mereka.Jadi cuba untuk pakai pakaian yang sopan dan sesuai ketika menaiki kapal terbang.

Sumber : Bright Side


Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a comment