Kereta Tercantik Sultan Johor ,Kereta Flintstone Kayuh Tak Payah Guna Kaki - Bulletin Saya

Wednesday 17 January 2018

Kereta Tercantik Sultan Johor ,Kereta Flintstone Kayuh Tak Payah Guna Kaki

0
Kereta Tercantik Sultan Johor ,Kereta Flintstone Kayuh Tak Payah Guna Kaki



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima satu set replika kenderaan dari siri animasi Flinstones, sebagai hadiah daripada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kenderaan yang diinspirasikan oleh kartun Hanna Barbara berkenaan diserahkan kepada baginda Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru semalam.

Untuk pengetahuan rakyat Johor, Flintstones adalah siri kartun kegemaran Tuanku Sultan Ibrahim, sementara Fred Flintstones pula adalah karakter yang paling digemari baginda di dalam kartun tersebut. Siri animasi itu ditayangkan di kaca televisyen sekitar tahun 1960-1966.

Siri animasi Flinstone

Minat Sultan Johor terhadap siri animasi Flintstone mula diketahui selepas terbinanya rumah Flintstone pada 2016. Hasrat baginda membina rumah berkenaan adalah untuk dijadikan tarikan pelancong ke Johor.

Kini, replika kenderaan itu bakal menjadi sebahagian daripada koleksi kartun Flintstone milik baginda yang akan menghiasi rumah tersebut.


Didalam siri animasi berkenaan, kereta dipandu oleh watak utama, Fred Flintstone, digerakkan menggunakan ‘kuasa’ kaki tetapi kenderaan yang dihadiahkan kepada Sultan Johor mempunyai motor sendiri. 

Jika tidak, penatlah baginda nak mengayuhnya.


Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sekiranya hujan, kereta tersebut didatangkan lengkap dengan ‘bumbung’ kain dan skrin belakang berputar sebagai tingkap belakang,” tulis kenyataan yang disiarkan oleh Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Walaupun tidak serupa seperti rumah milik Fred dan Wilma, tetapi rumah yang siap dibina pada Disember 2016 itu cukup menitikberatkan aspek perincian batu. Ianya sekali gus menimbulkan suasana kartun Flintstone yang berkonsepkan kehidupan zaman batu purba.

Istana Flintstone Sultan Ibrahim di Mersing.

Terletak di Mersing, rumah Flintstone milik baginda lengkap dengan ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, kolam renang serta padang bola sepak.

Teruskan layari dan like FB page Kisah QuMedia untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment