TUPAI MAIN SKI CURI PERHATIAN DI PERTUNJUKAN BOT TORONTO
TORONTO – Seekor tupai mencuri perhatian umum apabila mempamerkan aksi luar biasa bermain ski air sempena Pameran Bot Antarabangsa Toronto 2018 di sini baru-baru ini.
Twiggy dianggarkan berusia 10 tahun dilihat memakai jaket keselamatan berwarna jingga mengimbangkan kaki di atas dua papan luncur ketika ditarik sebuah bot laju kawalan di dalam sebuah kolam renang.
Mamalia yang dipelihara pasangan suami isteri dari Florida, Amerika Syarikat iaitu Chuck dan Lou Ann Best telah dilatih untuk bermain ski air sejak ia masih kecil.
“Twiggy mendapat liputan luas daripada pihak media dan banyak pihak menghubungi kami untuk mengadakan persembahan lalu mendorong saya untuk melatihnya selain kembali aktif dalam pameran seumpama ini,” kata Best.
Sebelum ini, Twiggy pernah muncul dalam dua filem bertajuk Dodgeball dan Anchorman.
Wow..bukan saja orang dewasa malah kanak-kanak paling teruja menyaksikan tupai itu
– Agensi