Awal Ashaari Tidak Lagi Romantik - Bulletin Saya

Thursday 19 April 2018

Awal Ashaari Tidak Lagi Romantik

0
Awal Ashaari Tidak Lagi Romatik

PELAKON Scha Al Yahya mendedahkan suaminya iaitu Awal Ashaari bukanlah seorang lelaki yang romantik.

"Awal sebenarnya tak pernah romantik, dia hopeless romantic tapi kalau dekat belakang dia ada juga cuba-cuba romantik.

"Kalau awal perkahwinan dulu dia suka buat kejutan tapi sekarang tiada lagi ya," katanya kepada mStar Online.

Pasangan ini ditemui pada majlis pelancaran kempen Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu yang diadakan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre pada Selasa.




Kempen tersebut dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Antara artis yang turut hadir bagi menyokong kempen itu termasuk Neelofa, Nora Danish, Maya Karin, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Caprice, Adibah Nor, Atilia Haron, Afdlin Shauki dan Shahrol Shiro.

Sementara itu, Awal berkata, setelah enam tahun melayari alam rumah tangga, hubungan mereka kini melalui fasa yang lebih matang.

"Sekarang ini, hubungan rumah tangga kami lebih matang dan Scha lebih memerlukan komunikasi dalam melayari kehidupan suami isteri.

"Bukan hadiah lagi yang dia nak, kalau saya bagi teddy bear besar, rasanya mahu dia campak ke muka saya," selorohnya.



Lara Alana sudah bersedia menjadi kakak.

Ditanya mengenai zuriat, Scha memberitahu mereka sudah bersedia untuk menambah cahaya mata kedua.

"Setiap hari kita 'cuba'. Insya-Allah kalau ada rezeki kita nak tambah anak lagi.

"Lara pun dah besar, dia pun dah bersedia nak jadi kakak. Doa-doakanlah ya, mungkin tahun depan!," katanya.

Pasangan pelakon ini berkahwin pada 4 Mei 2012 di Putrajaya.

Mereka menimang cahaya mata perempuan diberi nama Lara Alana, 4, pada 22 Julai 2014

Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment