Gaji RM1000, Hantar Kampung RM1000,Pelik Tak?Bagaimana Lelaki Bangladesh Ini Boleh Hidup!
“Gaji RM1000, Hantar Kampung RM1000…Lelaki Bangladesh Ini Dedahkan Bagaimana Dia Boleh Hidup!
Sebelum ini tular di media sosial gaji pemetik kubis mencecah RM11,000 sebulan di Korea Selatan.
Bila dengar boleh dapat incomebanyak tu dengan hanya petik kobis, ramai dah terfikir nak kerja di sana.
Bila dengar boleh dapat incomebanyak tu dengan hanya petik kobis, ramai dah terfikir nak kerja di sana.
Sebabnya, setiap orang ada impian masing-masing. Ada plan nak kahwin, nak beli rumah, nak beli phone, nak menabung, bawa mak ayah pergi Makkah dan macam-macam lagi. Betul tak?
Realitinya, bekerja di luar negara memerlukan keberanian kerana kita tidak kenal sesiapa dan harus mengharungi satu kehidupan baru. Pendek kata, di mana negara kita mencari rezeki itu, sudah pasti gaji yang diterima lebih tinggi berbanding dengan pendapatan yang kita dapat di negara asal.
Kalau korang teruja dengar gaji pemetik kobis ini RM11,000 sebulan, perkongsian dari seorang lelaki berasal dari Bangladesh ini mungkin buat korang lebih teruja.
Sebabnya, gajinya sebagai juru pam (bahagian gas Ngv) di stesen minyak Petronas di Rawang hanya RM1000 sebulan, tetapi dia mampu hanya ke kampung jumlah yang sama. Hebat tak?
Sebabnya, gajinya sebagai juru pam (bahagian gas Ngv) di stesen minyak Petronas di Rawang hanya RM1000 sebulan, tetapi dia mampu hanya ke kampung jumlah yang sama. Hebat tak?
Shah Alam sudah 9 tahun cari rezeki di Malaysia
Habis, tentu korang terfikir, brader ini tak makan ke? Tak beli sesuatu untuk dirinya atau bagaimana?
Chill dulu. Brader ini nama sebenarnya Shah Alam (memang unikkan). Usia dalam awal 40-an. Sudah sembilan tahun datang dan mencari rezeki di Malaysia.
“Gaji saya satu bulan RM1,000. Dua bulan sekali, RM2000 saya hantar ke kampung untuk persekolahan anak-anak dan keperluan untuk keluarga,” katanya dalam satu pertemuan dengan REMAJA.
Habis tak makan?
“Saya makan, dua kali sehari. Masak sendiri di rumah,” katanya.
Mana ambil duit bayar beli lauk?
“Satu bulan, saya dapat duit extra lebih kurang RM300 hasil lebihan dari orang ramai yang mengisi gas. Sebagai contoh, kalau bayaran mengisi gas mereka RM8.90, pelanggan bayar RM9.
“Biasanya mereka tak ambil baki. Hari-hari kerja, bila dikumpul-kumpul, dapatlah dalam RM300. Duit itulah saya gunakan untuk belanja makan minum semua,” katanya yang agak ramah.
So no wonderlahkan kenapa Shah Alam boleh hidup dengan RM300 sahaja sebulan.
Lain orang lain belanjanya dan bagi Shah Alam itu sudah cukup buatnya.
Gajinya bulat-bulat dihantar kepada keluarga di Bangladesh. Alhamdulillahkan, sikap pemurah rakyat Malaysia ini sebenarnya memberi sinar dan kehidupan yang lebih baik untuk sebuah keluarga yang sangat memerlukan.
Lain orang lain belanjanya dan bagi Shah Alam itu sudah cukup buatnya.
Gajinya bulat-bulat dihantar kepada keluarga di Bangladesh. Alhamdulillahkan, sikap pemurah rakyat Malaysia ini sebenarnya memberi sinar dan kehidupan yang lebih baik untuk sebuah keluarga yang sangat memerlukan.
Kata Shah Alam, dia bekerja 26 hari dalam sebulan dan hanya cuti 4 hari sahaja. Kerjanya pun 8 jam sehari.
Kata Shah Alam, Malaysia bagus..
Kalau RM1000 di sini, di Bangladesh bagaimana kiraannya?
“Lebih kurang 20,000 taka. Duit banyak itu cukup untuk perbelanjaan dua bulan. Kalau saya kerja di Bangladesh, gajinya tak banyak begini. Hidup pun agak susah. Sebab itu saya datang ke Malaysia. Semua orang di Malaysia bagus dan baik,” katanya mengukir senyuman.
So korang, boleh tak faham dalam situasi di sini. Kalau Shah Alam masih tinggal di Bangladesh, dia perlu kerja keras untuk dapatkan duit sebanyak itu. Tapi di sini, kerja sebulan tapi boleh hidup untuk dua bulan. Kata orang 2 in 1.
Sebab itulah ramai yang suka berhijrah ke negara yang janjikan pendapatan lebih baik dari apa yang mereka peroleh di kampung halaman mereka.
Gaji saya 5 juta rupiah, sini lumayan!
Seorang buruh binaan yang terlibat dalam pembinaan rumah, Banji berasal dari Jawa Timur berkata, dia mampu memperoleh gaji lebih kurang RM1500 sebulan hasil titik peluhnya.
“Lebih kurang 5 juta rupiah kalau di Indonesia. Jumlah itu sudah besar. Ada kawan saya peroleh 20 juta rupiah, lagi lumayan.
“Kalau tinggal di kampung, saya hanya berkebun. Hasilnya lebih kurang 1 juta rupiah (bersamaan RM315) . Memang kecil untuk belanja sekolah anak-anak,” katanya juga yang sudah lama mencari rezeki di Malaysia.
Kata Banji lagi, suasana persekitaran dan gaji yang lumayan antara sebab mengapa dia meninggalkan kampung untuk mencari rezeki di sini.
“Wang gaji dapat, akan dihantar balik ke kampung untuk keperluan anak-anak yang masih sekolah,” katanya yang tinggal di Malaysia bersama isterinya.
Hakikatnya, banyak orang mencari kerja di negara luar semuanya dengan satu matlamat, mencari duit yang lebih banyak. Tapi awas, sebelum membuat satu keputusan, pastikan korang kenal betul agen di negara terlibat, mesti bekerja sebagai pekerja sah (legal bukan illegal) dan setiap gaji yang dapat, simpanlah demi masa depan yang korang impikan tu.
sumber : Remaja