Sesuatu Berlaku Bila Uji Di Ganggu Jiran Berstatus Makcik Bawang Di Rumah Baru - Bulletin Saya

Tuesday, 10 April 2018

Sesuatu Berlaku Bila Uji Di Ganggu Jiran Berstatus Makcik Bawang Di Rumah Baru

0
Sesuatu Berlaku Bila Uji Di Ganggu Jiran Berstatus Makcik Bawang Di Rumah Baru

Uji Rashid mengakui sudah mengetahui perkara itu dan sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berdepan situasi ‘jiran kepoci’.

Belum duduk di rumah baru, penyanyi Era 70an ini telah menjadi tumpuan jiran-jirannya. Maklumlah, rasanya, Mak Cik Bawang memang ramai berpengkalan di kawasan perumahan Projek Perumahan Rakyat ini.

BARU KENAL APA ITU MAKCIK BAWANG

Menurut laporan dari Harian Metro, Uji Rashid mengakui sudah mengetahui perkara itu dan sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berdepan situasi ‘jiran kepoci’.

“Saya pernah merasai benda ini. Itulah sebabnya saya baru belajar perkataan makcik bawang. Mulanya saya tidak perasan kehadiran saya diintai oleh jiran-jiran yang tidak melepaskan peluang mengambil gambar.”

BUNYI KLIK KLIK

Bagaimanapun pengurus saya, Kit Rushaimin perasan ramai yang ambil gambar dan memberitahu perkara itu kepada saya. Tapi mereka seboleh mungkin tidak mengaku sedangkan ada bunyi klik! di telefon mereka sebagai bukti mereka ada berbuat demikian. 

Mereka sanggup berbohong,” katanya.


Makin Popular

Populariti Uji meningkat tiba-tiba apabila kisahnya yang dibebani masalah kewangan hingga hampir diusir dari rumah sewa tular di laman sosial.


Uji Rashid masih menetap di kediaman yang sama, namun mengakui kelewatan membayar sewa rumah itu membuatkan dia digertak agar mengosongkan rumah berkenaan.

Menurut pengurusnya Kit juga, Uji kini terlalu malu untuk berhadapan dengan orang ramai kerana masyarakat mula memandang serong terhadap kehidupannya kini. Beliau juga semakin tertekan apabila pelbagai pihak cuba menghubunginya bagi bertanyakan hal berkenaan.
Uji Rashid Kongsi Kesakitan Cico Selepas Diracun

Mungkin ramai yang ingin tahu perkembangan Cico yang difahamkan telah dianiaya sehinggakan dia sakit termasuk sukar untuk bercakap. 

Cico atau nama sebenar Cico Harahap. Cico yang sering ditemui di salah sebuah pusat kecergasan bersama ibunya artis popular 70an, Uji Rashid sempat bertemu dengan penulis Hangat.com untuk mengetahui perkembangan terbaru Cico.

Bertanya mengenai keadaan kesihatnnya, Uji kini menjalani rawatan Islam dan selain akan membawa Cico ke Hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. 

Walaupun Uji agak terkesan dengan musibah yang terjadi pada anaknya namun dia redha sehinggan Uji masih belum menemui jawapan motif mereka tidak bertanggungjawab buat sesuatu yang tidak baik Cico.


“Saya tidak tahu apa niat mereka sehingga sanggup buat begitu terhadapnya,” kata artis veteran Uji Rashid mengenai keadaan kesihatan anaknya, Cico Harahap.
Rasa sayu bila lihat keadaan Cico yang lebih banyak menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi bersama anak dan ibunya. Kali terakhir Uji mendengar suara Cico seperti normal sebelum dia meminta kebenaran untuk keluar bersama teman-temannya. Sejak dari saat itu Cico tidak pulang dari rumah dan sudah dihubungi berkali-kali namun tidak berjawab.

Menurut Uji, Cico pulang ke rumah terus ke bilik dan tidur sehinggakan dia sendiri tidak menyangka anaknya dalam keadaan tidak normal. Disebabkan Cico tidur terlalu lama dan tindakan Cico berdiam selepas ditanya berkali-kali buatkan Uji merasa sangsi.


Uji mendakwa Cico tidak kenal anaknya Rindu Norfitrah yang kini berusia lapan tahun.

“Saya berkali-kali bertanya pada Cico apa yang terjadi malam sebelumnya sehingga dia tidak kenal anaknya sendiri ( Rindu Norfitrah), tapi Cico tetap tidak berkata apa-apa”
Uji berkata, dia minum air zam zam, air bacaan yasin dan air penawar yang diberikan oleh orang. Cico di tawarkan untuk berubat bersama rakan silatnya untuk menjalani rawatan dengan tukang urut dari Batam.

BACA  Cico Kini Bisu Dan Pekak? Uji Rashid Dedah Hal Sebenar


Selepas diselidik, Uji dapat tahu Cico ditimpa malang oleh seseorang yang meletakkan racun dalam minumannya sehinggakan Cico jatuh sakit.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku di tempat kejadian tetapi saya dapat tahu ia hanyalah minuman biasa yang diletakkan racun.”
Sehingga kini Cico menjalani rawatan secara Islam di beberapa lokasi seperti di Mantin dan sekitar Sabah. Selain itu Cico juga menjalani rawatan terapi dan menjaga diet pemakanan yang teratur bagi memulihkan kesihatannya.

Antara yang sudi membantu mengubati Cico ialah pelakon Ashraf Muslim dan berapa teman-teman lain.
“Ashraf suruh dia berzikir ingat Allah dan banyak membantu Cico untuk memulihkan kesihantanya. Alhamdulillah perubahannya semakin banyak,” katanya.
Uji turut berterima kasih dan terhutang budi pada beberapa orang individu yang banyak membantu Uji dengan memberi semangat serta usaha bagi memulihkan Cico.
“Terima kasih kepada Ustazah Sharifah Khasif, Dyg & keluarga, Datin Naini, Datuk Inchun, Dato’Hashim, Ustaz Amin dan keluarga, Cikgu Hadi , Shamsul & team, Azman & friends, Acong, Marya, semuanya yang berada di HUKM, who made me realize the light at the end of the tunnel, saw Allah showing all of us.”
“Tak lupa juga pada rakan-rakan media dan blogger yang mengenali Cico kerana tak henti-henti memberi sokongan,” tambah Uji sebelum mengakhiri bicara.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment