Misteri Jari Di Seluar... Sufian Suhaimi Lupa Zip Seluar?? - Bulletin Saya

Monday 23 April 2018

Misteri Jari Di Seluar... Sufian Suhaimi Lupa Zip Seluar??

0

Misteri Jari Di Seluar... Sufian Suhaimi Lupa Zip Seluar??

Kadang-kala kak Lala rasa hendak tergelak pun ada, nak rasa kagum pun ada, dengan mata dan pemikiran netizen ini, dapat sahaja sesuatu perkara yang pelik sedikit di media sosial dengan pantas mereka akan perasan dan mulalah timbul komen-komen kreatif dari mereka.
Macam yang terjadi kepada penyanyi yang semakin meningkat naik menerusi lagu ‘Di Matamu’, Sufian Suhaimi yang baru-baru ini telah menjadi tetamu jemputan dalam sebuah rancangan masak-masak yang disiarkan setiap kali bulan puasa iaitu ‘Ketuk-Ketuk Ramadhan’.
Seperti biasalah, krew-krew produksi turut tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk bergambar dengan selebriti yang menjadi tetamu jemputan rancangan itu dan berkongsi momen itu di media sosial mereka. Tetapi, gambar yang dimuat naik oleh jurusolek rancangan itu, Naomi Larra telah menimbulkan satu persoalan besar.
Itu kerana disebalik gambar Naomi berpelukan mesra dengan Sufian, mata helang netizen berjaya mengesan yang terdapat satu ‘benda’ kelihatan seperti jari berada di celah peha Sufian. Eh? Kewujudan ‘jari’ itu bukan sahaja menimbulkan kemusykilan di kepala netizen tetapi juga dikepala kak Lala.
Hendak di’zoom’ gambar itu nanti takut dicop ‘pervert’ pula mana taknya lokasi ‘jari’ itu agak peribadi tapi tertanya-tanya juga jari siapa pula itu. Lebih kelakar lagi bila ada netizen pertikaikan adakah Sufian lupa hendak menarik zip seluarnya.
Tak akan lah kot, sebab benda itu lebih nampak seperti ‘jari’.  Tapi jari siapa? Tak kan hantu pun nak cuba trySufian lepas tahu Sufian dah kembali single. Kak Lala, rasa itu ‘effect camera’ je kot, mana tahu waktu gambar tu diambil Naomi ada gerakkan tangan dia, jadi sebab itu jari itu tertinggal disitu. Kita fikir positif je okay.
Macam-macam diorang ni
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment