Sudah 17 Tahun Meninggal,Roh Suzana Masih Belum Tenteram - Bulletin Saya

Wednesday 18 April 2018

Sudah 17 Tahun Meninggal,Roh Suzana Masih Belum Tenteram

0
Sudah 17 Tahun Meninggal,Roh Suzana Masih Belum Tenteram|Para peminat cerita hantu,filem dengan tajuk sundel bolong dari inidonesia tentu tidak asing lagi.

Nama pelakon utama Suzanna yang kematiannya secara misteri telah membuat filem itu semakin popular ditambah pula dengan penampakan-penampakan selepas kematiannya.
Suzana dengan nama penuh Suzanna Martha Frederika van Osch Nathalia lahir pada tahun 14 Oktober 1942 dan meninggal dirumahnya magelang jawa tengah.
Wanita yang digelar ratu filem horor indonesia meningkat naik dalam lakonannya di filem bertajuk beranak dalam kubur.
Malangnya Suzanna meninggal pada 15 oktoner 2007 dan dikebumi selepas sehari kematiannya di tanah pekuburan Griloyo jawa tengah.
Kematiannya menjadi buahan mulut orang ramai kerana cara dia meninggal dan ramai yang nampak lembaga serupa mecam Suzanna selepas dia mati.
Menurut sumber Suzanna meninggal akibat kencing manis,akan tetapi ada isu-isu angin yang mengatakan Suzana mati bukan sebab penyakit itu,akan tetapi dibunuh secara senyap melalui amalan minum susu yang menjadi amalanya tiap malam.
Selepas minum susu suaminya Clift sangra nampak Suzanna menarik nafas dalam-dalam dan terus terkulai,walaupun suaminya telah memanggil dua doktor peribadi tapi Suzana disahkan meninggal pada waktu itu juga.
Ahli keluarga Suzana memang tidak terlalu berkenan dengan Clift yang merupakan suami kedua kepada Suzanna.
Anak perempuan Suzana Kiki Maria juga mendakwa Clift membunuh maknya sebab mahu bolot harta.akan tetapi Clift menafikan sekeras kerasnya tuduhan itu dan kematian Suzanna tiada kaitan dengannya.
Tuduhan itu menjadi panas semula apabila Clift menikah lagi dan membuat majlis besar-besaran serta Honeymoon keliling Eropah selepas setahun kematian Suzana.
Kiki Mari pernah meminta siasatan semula dan membuat bedah siasat ke atas mayat ibunya tetapi Clift mengugut keluarga Suzana akan membuat saman jika kematian Suzanna betul sebab sakit.
Pengakuan Clift
Clift beritahu yang arwah isterinya bernah berguru walaupun dah tamat menuntut dengan guru tersebut,tapi dia sering mendengar suara-suara yang menyuruhnya untuk bertapa.
Dia juga dikatakan akan selalu pergi ke suatu tempat untuk bertapa dengan cara merendam badan dalam air yang didakwa memiliki khasiat tertentu.
Pengunjung-pengunjung tempat itu pun selalu datang dan mengambil air tersebut untuk di jadikan obat.
Apa yang lebih mengerikan adalah 3 hari lepas kematian Suzanna ,Clift mendakwa dia telah melihat isterinya itu berdiri dekat pintu rumah memakai baju coklat sambil mengucapkan selamat tinggal.
Selang beberapa hari,clift juga melihat penampakan Suzanna menonton tv sambil mulutnya berkumat kamit mengkritik cerita yang di tonton.
Suzanna duduk dalam bilik khas.
Menurut cerita Clift ,dia pernah ternampak kelibat Suzanna menyikat rambut di bilik khas itu.bilik itu katanya tempat duduk Suzana seorang-seorang bertapa berminggu dan kadang kala berbulan sampai tak keluar bilik itu dan tidak boleh dibenarkan langsung orang lain masuk.
Apa yang lebih mengerikan adalah,sejak kematian Suzanna clift sering mendengar bunyi macam orang ketuk-ketuk dinding,yang peliknya bunyi ketukan itu sama macam yang arwah isterinya buat sepanjang hayat ketika bertapa di dalam bilik khas itu apabila meminta sesuatu.
Lain daripada itu,clift pun pernah ternampak kelibat Suzanna duduk di atas kubur pada waktu siang ketika dia datang melawat.
Pembuat batu nisan sampaikan mesej Suzanna kepada suami.
Masa clift baru cadang nak kahwin lain pembuat batu nisan dakwa nampak Suzanna tersenyum berjumpa dengan dia.bila dah dapatkan nasihat pakar paranormal dia disuruh untuk menyampaikan pesan kepada clift.
Akan tetapi clift tidak percaya walaupun dia telah di tunjukkan rekaman roh Suzanna merasuk seseorang dekat kubur.
Kisah kematian Suzana pertama kali  kecoh apabila penduduk magelang jawa tengah ternampak kelibat Suzanna dalam bentuk sundel bolong macam watak lakonannya semasa hidup.
Ada juga penampakan dalam jelmaan watak hantu lainnya yang pernah dia laokan dalam tv seperti mendukung bayi kecil dalam watak beranak dalam kubur.
Bahkan ramai juga yang mendakwa pernah berjumpa Suzanna sedang bertapa di depan rumahnya dibawah pokok yang menjadi tempat kegemarannya semasa dia hidup.
Sehingga kini kisah misteri kematian Suzanna dan kejadian kejadian aneh yang berlaku selepas kematiannya masih lagi menjadi bualan ramai kerana kadang-kadang penamapakan Suzana masih terlihat.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment