Throwback:Lokasi Susuk Di Tubuh Zaiton Sameon - Bulletin Saya

Saturday 21 April 2018

Throwback:Lokasi Susuk Di Tubuh Zaiton Sameon

0
Throwback:Lokasi Susuk Di Tubuh Zaiton Sameon

hari ini aku terbaca mengenai hasrat pengarah teater terkenal, Fauziah Nawi yang ingin mengarahkan sebuah filem mengenai bekas penyanyi terkenal era-80an, Zaiton Sameon
terus terang aku katakan, ketika zaman itu, tiada artis wanita yang terkenal dan sehebat Zaiton yang popular dengan lagu Menaruh Harapan itu
walaupun mukanya taklah secomel Siti Nurhaliza, tetapi kalau menyanyi dan menari, kira dia ni macam Donna Summer la
trademark Zaiton adalah pakaiannya…minah ni gila babi punya seksi dulu wehhhhhh, kalau tak pakai baju nampak lurah dada, kalau tak pakai skirt yang belah sampai peha, kalau tak pakai seluar getah yang ketat, maaf itu bukanlah Zaiton Sameon
at one time, dialah penyanyi wanita paling laku dan antara yang paling kaya di Malaysia, malah aku ingat lagi yang Zaiton pernah beli banglo tiga tingkat di lereng bukit Taman Melawati, dekat rumah Datuk Yusof Haslam
namun tragedi ngeri 21 Februari 1990 di Batang Kali, Selangor meragut segala-galanya dari hidup wanita yang hidupnya penuh dengan warna-warni itu
kemalangan ngeri sekembalinya dia dari membuat persembahan di Kuala Ketil, Kedah bukan saja meranapkan masa depan kerjaya seninya, bahkan peristiwa gelap itu turut menyebabkan Eton kehilangan anak tunggal kesayangannya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun
rupa-rupanya arwah abah aku dan Zaiton ada kaitan saudara dan berasal dari daerah yang sama iaitu Rembau, Negeri Sembilan
arwah abah aku pernah beritahu yang dia dan Zaiton kalau ikut adat pepatih, tak boleh berkahwin kerana mereka berdua berasal dari suku yang sama
bahkan aku masih ingat bagaimana aku, mak dan arwah abah sempat menziarahi Zaiton di wad ICU, Hospital Kuala Lumpur masa dia kemalangan dulu

berbalik pada filem Zaiton itu, yang membuatkan aku lagi tak sabar nak tengok hasilnya ialah kerana pemilihan Mislina Mustaffa sebagai pelakon utama yang memegang watak Zaiton
untuk pengetahuan korang, Mislina merupakan antara pelakon teater terbaik yang kita pernah ada, dia banyak berlakon dalam filem arwah Yasmin Ahmad
aku kenal Mislina kerana kami berdua pernah berlakon sama dalam teater arahan Khalid Salleh tak lama dulu
percayalah, kalau korang tengok dia berlakon, confirm boleh meremang bulu roma, kalaulah muka dia macam Erra atau Fasha, aku rasa dah lama Mislina meletup!
memandangkan muka dia pun ada iras-iras Zaiton, aku percaya, kalau kena skrip dan garapannya, filem ini confirm menarik
yang pasti, aku tetap tidak pernah jemu mendengar lagu Zaiton, Kabut Serangkai Mawar
bagi aku, lagu itu tetap lagu terbaik Zaiton dari dulu, kini dan selamanya….

-syahrilabdkadir

Zaiton Sameon Mengaku Pakai Susuk Dalam Rancangan Galaksi

Terkejut beruk kami mendengar pengakuan berani daripada Zaiton Sameon dalam rancangan Galaksi baru-baru nie. 
Rupa-rupanya kak Zaiton Sameon memakai susuk semasa zaman kepopularitian dia untuk mendapatkan lebih banyak show. 
Kalau tak silap pendengaran kami, susuk tersebut di pakai di tekak, kaki dan beberapa tempat lain.
Rasanya inilah pertama kali ada artis Malaysia yang mengaku bab-bab pakai susuk nie. Memang jujur dan ikhlas pengakuan Zaiton Sameon nie. Harapan kami agar semua susuk-susuk yang dipakai oleh Zaiton nie telah dibuang. Jangan dibawa sehingga ajal menjemput nanti.
Harap-harap kalau ada artis-artis lain yang pakai susuk atau apa-apa benda yang berkaitan untuk melariskan diri sendiri, jadikanlah kisah hidup kak Zaiton sebagai satu pengajaran. Memanglah time tue dapat show banyak dan duit melimpah-limpah masuk, tapi akhirnya tak ke mana juga. Takderlah kaya raya. Susah jugak hidup. Semoga ianya jadi pengajaran
Tapi kami agak terkilan sebenarnya dengan wartawan TV9 yang dengan direct je tanya soalan “Betul ke Zaiton Sameon gila” kat tuan punya badan. Nampak macam kurang ajar sangat. Tak patut betul tanya soalan macam tue. Satu Malaysia tengok pulak tue.
sumber:Beautifulnara

Tapi Itu Cerita Dulu,Sekarang Zaiton Jauh Berubah

Menakjubkan Zaiton Sameon Boleh Berjalan Apabila Depan Kaabah


PENYANYI Zaiton Sameon berkongsi pengalaman indah dan satu keajaiban ketika dia mengerjakan ibadah umrah di Makkah baru-baru ini.

Zaiton, 61, berkata, sepanjang berada di Kota Makkah, dia mampu berjalan sepenuhnya dan menyempurnakan ibadah tersebut tanpa sebarang masalah.

Sedangkan semasa bertolak dari Kuala Lumpur, dia terpaksa berkerusi roda.
"Alhamdullilah... jejak sahaja kaki di Kaabah, saya dan boleh berjalan dan menyelesaikan tawaf tanpa masalah.

"Ini semua keajaiban daripada Allah. Bersyukur ibadah saya dipermudahkan atas doa semua peminat," katanya.


Zaiton terharu ketika berkongsi pengalaman tersebut menerusi siaran langsung Facebook Syed Wafa.

Zaiton berkata demikian menerusi Facebook milik pengurus acara, Syed Wafa.

Zaiton dan 23 selebriti veteran terpilih untuk mengerjakan umrah termasuklah Ibnor Riza, Hamid Gurkha, Sulaiman Yassin (Mat Over), Harun Hashim, Mat London, Sahara Yaacob, Shima, Aida Agil, Zaleha Hamid, Ayati Tasrip dan Halil Chik.

Program itu adalah anjuran bersama Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Yayasan Mustika Kasih dan Yayasan Perdana Ummah.



Zaiton sebelum ini bertongkat, sudah mampu berjalan.

Mereka selamat mengerjakan ibadah Umrah pada 26 Januari hingga 6 Februari lalu.

Sebelum ini, beberapa portal hiburan melaporkan penyanyi lagu Menaruh Harapan ini terpaksa bertongkat dan berkerusi roda akibat kecederaan pada kaki selepas terjatuh tahun lalu.

Dalam pada itu, Zaiton memaklumkan ini merupakan kali kedua dia berpeluang mengerjakan ibadah umrah.


Seramai 23 penggiat seni turut diberi peluang melakukan Umrah.

Malah, dia turut menyimpan hasrat berkunjung lagi ke Makkah dan mengimpikan untuk terus menetap di sana.

"Saya pertama kali ke Makkah sekitar tahun 1995 dan sejak itu perasaan rindu terhadap Makkah sentiasa ada cuma tiada peluang untuk ke sana.

"Alhamdulillah selepas 23 tahun akhirnya doa saya untuk kembali ke sana akhirnya tercapai. Rasa macam nak pergi sana lagi dan kalau boleh nak menetap terus di Kota Makkah," katanya.

dari pelbagai sumber
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment