Jaga Bajet Anda Selepas Raya - Bulletin Saya

Monday, 2 July 2018

Jaga Bajet Anda Selepas Raya

0
Jaga Bajet Anda Selepas Raya
Sudah menjadi tradisi masyarakat, tiap kali menjelang Hari Raya pelbagai persiapan dibuat yang pastinya menelan jumlah wang yang agak banyak.

 Apalagi ketika menjelang perayaan, banyak pusat membeli-belah akan mengadakan jualan mega,borong raya dan pelbagai lagi promosi lain. 

Ada yang sanggup berbelanja sehingga berhutang keliling pinggang dan ada juga yang tidak mempunya bajet yang mencukupi sebaik sahaja Hari Raya tamat.

 Ini ada tujuh cara mudah untuk anda jaga bajet selepas Hari Raya.

  1. Buat bajet dan kemudian periksa sebanyak tiga kali agar anda boleh mencari bajet untuk dipotong sekurang-kurangnya sebanyak 25%
  2. Jikalau anda meminjam duit Raya anak, pastikan anda ada akad atau menulis perjanjian, jumlah dan tarikh akhir untuk melangsaikan hutang anda.
  3. Cuba tahan godaan daripada mengeluarkan duit Amanah Saham Berhad (ASB) atau Tabung Haji.
  4. Cuba cari cara kreatif untuk menjimatkan perbelanjaan jika anda ingin buat rumah terbuka. Anda tidak perlu untuk membuat secara besar-besaran, cukup sekadar mengikut bajet anda.
  5. Jangan keluarkan duit atau guna kad kredit untuk beli atau belanja benda yang tidak diperlukan atau yang akan membazir duit.
  6. Jadi contoh yang bijak kepada anak anda. Jangan bermewah belanja sesuka hati hanya dengan alasan untuk meriahkan Raya.
  7. Ingatkan diri agar untuk tidak berhutang kerana sebaik sahaja Hari Raya tamat, anda yang menanggung beban untuk membayarnya kemudian.
Tip oleh: Zaid Mohamad
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment