Taleedah Remaja 17 Tahun Warga Pertama Arab Saudi Dalam Dunia Fesyen Di Paris
"Sewaktu mula menyertai bidang peragaan, saya tak pernah sangka saya akan menjadi yang pertama melakukan pencapaian ini.
"Saya rasa ini masa yang sesuai untuk industri fesyen menjadi lebih terbuka. Saya mahu mewakili wanita Arab Saudi yang kuat dan cantik," ujarnya lagi.
Dia kini bercadang untuk berpindah ke Milan bagi mengembangkan kerjayanya.
Ujarnya, bekerja sebagai model adalah satu kerjaya yang masih berisiko di negara asalnya.
Arab Saudi masih lagi mengenakan sekatan ketat ke atas wanita dan perbuatan membuka aurat secara terbuka khususnya menerusi pertunjukan fesyen adalah dilarang sama sekali.
Di negara itu, model hanya membuat persembahan dalam acara fesyen yang dihadiri kaum wanita sahaja. - Metro.UK
PENCAPAIAN peribadi luar biasa dicatat apabila remaja berusia 17 tahun menjadi warga pertama Arab Saudi yang diberi peluang memperagakan fesyen pereka terkemuka di Paris.
Dilahirkan di Jeddah, Taleedah Tamer tidak pernah terfikir bahawa dunia fesyen memberi peluang untuk beliau meneroka kerjaya sebagai model.
Namun, dia kini tersenyum lebar apabila berjaya menghiasi paparan utama majalah fesyen terkemuka, Harper's Bazaar edisi Arab.
"Sewaktu masih kecil, saya tak pernah bayangkan bahawa seorang wanita dari Arab Saudi akan menghiasai majalah fesyen.
"Sudah pasti ia bukan sesuatu yang mudah untuk melihat wanita Arab dalam cara seperti ini.
"Sebagai yang pertama, banyak tekanan yang saya hadapi dari pencapaian itu," ujarnya menerusi temubual dengan majalah berkenaan.
Pada minggu ini, dia telah memperagakan pakaian dari pereka fesyen terkenal, Antonio Grimaldi di Paris.
Selain Antonio Grimaldi, dia juga sering menyertai pertunjukan fesyen lain sebelum ini.