Meski Cantik Dan Indah,Pulau Koh Tao Penuh Kejadian Misteri
Remaja Britain berumur 19 tahun itu turut mengkritik pihak berkuasa Thailand. Dia mendakwa polis Thai cuba memalukannya dan tidak bertindak menyiasat serangan kejam itu.
Mangsa yang berasal dari London itu berkata, dia diserang pada waktu dinihari, 26 Jun lepas di Pantai Sairee, tempat sama di mana pelancong Britain, Hannah Witheridge, 23, dan rakannya, David Miller, 24, dipukul hingga mati pada tahun 2014.
Pantai Sairee dicemari oleh 10 kematian misteri sejak enam tahun lalu.
Bercakap buat kali pertama kepada akhbar The Times, remaja perempuan itu berkata, polis tidak mendedahkan perkara sebenar tentang serangan kejam itu kerana bimbang industri pelancongan di Koh Tao tercemar dan merosot.
“Saya menggesa golongan muda lain agar menjauhi lokasi ini. Saya tidak akan berasa selamat jika kembali ke Koh Tao,” katanya.
Pulau itu popular dalam kalangan pelancong backpacker Britain.
sumber– Agensi
sumber– Agensi