Hebatnya Wanita...Semua Anak Terkejut,Ibu Bersalin Dalam Kereta - Bulletin Saya

Sunday 9 September 2018

Hebatnya Wanita...Semua Anak Terkejut,Ibu Bersalin Dalam Kereta

0
Hebatnya Wanita...Semua Anak Terkejut,Ibu Bersalin Dalam Kereta



Texas: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila terpaksa melahirkan anak kelimanya dalam kereta di depan suami serta anak-anaknya ketika dalam perjalanan ke hospital di Texas, Amerika Syarikat, kelmarin.
Rakaman video oleh suaminya Dominique, ketika wanita berkenaan Alexis Swinney, 25, melahirkan anak di tempat duduk penumpang depan tular di media sosial.
Menurut laporan Daily Mail, ketika kejadian, empat anak pasangan itu yang berada dalam kereta tergamam.
Dalam rakaman itu, wanita berkenaan dilihat berdiri dengan lutut memegang penyandar tempat duduk mengerang kesakitan hinggalah anaknya dilahirkan.



Dominique kedengaran meminta isterinya bertahan sehingga mereka tiba di hospital kerana bimbang dengan keselamatan isterinya serta bayi jika dilahirkan tanpa kehadiran doktor.
“Awak boleh tunggu, mungkin dua minit lagi?” katanya kepada Alexis yang kelihatan menahan sakit sambil merayu suaminya membantu.
“Apa perlu saya buat? jerit wanita itu kerana tahu bayinya tetap akan keluar.
Beberapa saat selepas meminta suaminya memberhentikan kenderaan, Alexis mengerang ketika meneran buat kali terakhir dan terdengar tangisan bayinya yang dilahirkan.
Wanita itu dilihat menghulurkan tangan menyambut bayi itu sebelum mengendongnya dengan tali pusat masih bersambung dan wanita itu dilihat tersenyum meskipun masih sakit.

sumber:Daily Mail
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment