Tindakan Berani Puteri Jepun Demi Cinta - Bulletin Saya

Saturday 8 September 2018

Tindakan Berani Puteri Jepun Demi Cinta

0
Tindakan Berani Puteri Jepun Demi Cinta

Mei tahun lalu, Jepun dikejutkan dengan berita Puteri Mako rela kehilangan statusnya sebagai ahli kerabat untuk bersama dengan teman lelakinya yakni seorang rakyat marhaen dan bakal melangsungkan perkahwinannya pada tahun 2020 kelak.

Puteri Ayako

Kini Puteri Ayako, anak perempuan kepada mendiang Putera Takamado yang juga merupakan waris ke-7 kepada Takhta Chrysanthemum sebelum menemui ajal, pula bakal melepaskan gelarannya sebagai seorang puteri raja untuk bersama kekasihnya.

Japan Times melaporkan Puteri Ayako rela meninggalkan istana diraja untuk berkahwin dengan seorang jejaka berusia 23 tahun, Kei Moriya. Mereka juga akan bertunang pada 12 Ogos ini sebelum majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 29 Oktober di Meiji Jingu Shrine di Tokyo.

Puteri Ayako dan Moriya dilaporkan sudah berkenalan dalam tempoh yang singkat sebelum membuat keputusan yang penting untuk hubungan mereka. Moriya merupakan seorang kakitangan syarikat perkapalan di Jepun dan juga merupakan seorang ahli lembaga NGO jepun yang membantu kanak-kanak.


Pertemuan pertama Puteri Ayako dan Moriya adalah hasil campur tangan bonda Puteri Ayako sendiri, Puteri Takamado, yang merasaka dia patut memperkenalkan anaknya kepada Moriya agar Puteri Ayako lebih terdedah kepada aktiviti kebajikan. Selepas pertemuan itu, hati Puteri Ayako terus berbunga.

Tindakan Puteri Ayako dan Puteri Mako bukanlah baru bagi kerabat diraja Jepun. Sebelum ini Puteri Noriko, kakak kepada Puteri Ayako, juga sudah melepaskan haknya kepada takhta untuk berkahwin dengan soerang rakyat marhaen. 

Puteri Sayako

Puteri Sayako, satu-satunya anak perempuan Maharaja Akihito juga telah melepaskan gelarannya sebagai seorang puteri raja. Tindakan berani puteri-puteri ini membuatkan pihak umum mula risau akan masa depan kerabat diraja Jepun.

 Sistem waris yang diterapkan dari dulu sehingga kini dianggap seksis dan harus diolah semulaMaybe it is time untuk perubahan itu.

 Jika anda perhatikan, kerabat diraja Jepun kini hanya mempunyai lima orang sahaja lelaki yang layak mewarisi takhta mereka.

sumber:Japan Times
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment