Selepas 50 Tahun,Akhirnya Rahsia Rempah Kari Sedap Ini Terbongkar - Bulletin Saya

Friday 7 September 2018

Selepas 50 Tahun,Akhirnya Rahsia Rempah Kari Sedap Ini Terbongkar

0
Selepas 50 Tahun,Akhirnya Rahsia Rempah Kari Sedap Ini Terbongkar

Orang dulu-dulu mereka lebih suka jika bahan rempah ratusnya digiling untuk mendapatkan pes yang sedap tetapi jika tidak cukup salah satu rempah ini maka tidak akan terhasil rempah kari yang sedap. 

Ikuti resipi yang Puan Normah kongsikan ini, datangnya dari emaknya lebih dari 50 tahun yang lalu. Cuba sukatan untuk pelbagai rempah yang disediakan ini.
Masa kecik dulu, mak selalu minta saya hantar bahan ni pada sorang Mak Cik untuk di giling, Alhamdulillah lebih 50 tahun berlalu, saya masih ingat bahan-bahan ini.

BAHAN UNTUK BUAT REMPAH KARI IKAN:

  • 10-12 biji cili kering*
  • 3 sb rempah biji ( ketumbar )*
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
  • Kunyit hidup
  • 10-15 biji lada hitam*
  • 2 sudubesar jintan putih*
  • 1 sudubesar jintan manis *

UNTUK KARI DAGING/AYAM/SEBARANG SIPUT:
  • 10-12 biji cili kering*
  • 3 sb rempah biji (ketumbar)*
  • 2sb jintan manis*
  • 10-15 biji lada hitam*
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bwang besar( 5-7 ulas bawang kecil)
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sebesar ibu jari halia
  • 1/2 ibu jari lengkuas
JIKA ADA YANG SUKA MASUKKAN SERAI
  • Untuk sukatan ni 1 batang serai dah mencukupi.
  • Boleh diketuk saja dan masukkan kemudian.

CARA MEMASAK:

  1. Bahan yang bertanda * dibasuh , tapis dan rendam dgn air panas selama 10 minit , Kemudian blend kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul2 halus.
  2. Sedia untuk dibuat kari .
  3. Masak la cara yang sama seperti kita guna serbuk kari.
    Kalau buat rempah sendiri , kita tak kan rasa was2 lagi .
KONGSI RESIPI: Normah Bahari
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment