Salah Satu Warna Ini,Kate Middleton Elak Dari Memakainya.Ketahui Sebabnya
Selepas lapan tahun menjadi sebahagian keluarga diraja Britain, fesyen Kate Middleton, Duchess of Cambridge, boleh dikatakan berjaya membawa karakter sebagai seorang Puteri.
Pemilihan fesyennya amat bertepatan, mempunyai elemen sopan, seksi serta anggun, dari hujung rambut sehingga hujung kaki, semuanya menjadi perhatian.
Bila bicara tentang fesyen si cantik ini, penulis perhatikan Kate senang sekali bermain dengan warna. Tidak hanya mengenakan rona nude atau pastel, ibu kepada tiga orang anak ini berani bermain dengan rona terang seperti biru, merah jambu, kuning, hijau zamrud dan sebagainya.
Tetapi di dalam wardrobe yang dipenuhi dengan pakaian berwarna terdapat satu warna Kate elak pakai sepanjang kehidupan dirajanya iaitu OREN. Jika ada, Kate hanya selitkan dengan kombinasi warna lain seperti campuran peach oren, hitam dan oren atau di antara, tapi langsung tidak keseluruhan oren.
Kenapa agaknya? Adakah disebabkan protokol? Tidak ada peraturan fesyen diraja yang menghalang kerabat dari memakai warna tanjerin itu. Mungkin ia adalah pilihan peribadi Kate, atau mungkin dia tidak menemui rupa oren yang scocok dengannya.
Menurut The Express, warna oren membuatkan seseorang ‘kelam’ dan ‘buruk’ dalam gambar, jadi ia cenderung dielakkan oleh para selebriti.
Betul ke warna oren buruk dalam gambar? Ratu Elizabeth selamba je pakai….
Saya salah seorang peminat warna oren