12 Ahli Keluarga Hilang Dalam Tsunami Palu,Lelaki Ini Nekad Geladah Runtuhan
Ahli keluarga Fendy dipercayai terperangkap di bawah runtuhan selepas dibadai tsunami. (Gambar AFP)
Ahli keluarga Fendy dipercayai terperangkap di bawah runtuhan selepas dibadai tsunami. (Gambar AFP)
PETALING JAYA: Seorang lelaki Indonesia dilaporkan mencari 12 ahli keluarganya yang didakwa hilang dibawa arus tsunami yang membadai Palu, Sulawesi Tengah, Jumaat lalu.
Lelaki yang dikenali sebagi Fendy, 22, menyusuri pantai Talise yang dilanda tsunami menggunakan motosikalnya sambil menggeledah timbunan runtuhan yang berselerakan di sepanjang pantai.
“Saya mencari keluarga yang hilang akibat gempa dan tsunami Palu,” katanya dipetik laporan Tempo.co.
Dia kehilangan ibu bapa, ibu saudara, sepupu dan adik-beradik.
Fendy yang bekerja sebagai penjaga parkir di pantai itu berkata semasa kejadian, sedang berlangsungnya satu festival yang mendorong orang ramai berkunjung ke pantai tersebut.
Katanya, ibunya mengambil kesempatan membuka gerai pisang goreng pada hari kejadian dan semua ahli keluargnya berkumpul di situ sambil menikmati kemeriahan acara.
Beliau menambah, pada mulanya dia berada di gerai ibunya, namun memutuskan untuk pulang ke rumah untuk menguruskan anaknya. Apabila kembali ke pantai itu, air laut sudah pun membadai daratan.
Sehingga petang Sabtu, dia belum menemukan walaupun seorang ahli kelurganya.
“Sehingga kini belum jumpa. Tadi saya jumpa 1 mayat, ternyata salah orang,” katanya.
sumber:Tempo.co.