Cikgu Benjol Kepala Di Hempap Buaian Tepi Pantai
PETALING JAYA: 'Sudah jatuh ditimpa buaian', mungkin inilah peribahasa baharu yang sesuai untuk menggambarkan nasib seorang guru dalam satu kejadian pada Sabtu lalu.
PETALING JAYA: 'Sudah jatuh ditimpa buaian', mungkin inilah peribahasa baharu yang sesuai untuk menggambarkan nasib seorang guru dalam satu kejadian pada Sabtu lalu.
Menerusi video yang dimuat naik ke laman Facebook miliknya, Dermalina Othman, 38, ditimpa tiang buaian sewaktu sedang leka berayun di Pantai Teluk Ketapang, Terengganu.
Video itu mengundang perhatian ramai sehingga ia dikongsi lebih 7,000 pelayar Facebook.
Bercerita lanjut kepada mStar Online, Dermalina yang ketika itu sekadar suka-suka merakam video sedang asyik bermain buaian tidak menyangka kejadian malang itu akan menimpa dirinya.
"Masa tu saya sendirian sahaja, saya letakkan kamera pada tripod untuk rakam video sedang bermain buaian. Sekali hayun sahaja, saya terus dengar bunyi dan pandang ke atas sebelum tiang itu terbalik dan menimpa kepala saya.
"Memang sakit sangat, rasa pening macam ada burung berterbangan di keliling kepala dengan bintang-bintang sekali, saya masa tu berdoa agar tak pengsan je.
"Nasib baik ada seorang pemuda, saya tak pasti sama ada dia pengunjung pantai atau peniaga di situ, tapi dia yang membantu saya," ujarnya sewaktu dihubungi pada Isnin.
Antara komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di ruangan Facebook Dermalina.
Tambah guru matematik itu, dia mengambil keputusan untuk pulang ke Machang, Kelantan pada hari yang sama sebelum membuat pemeriksaan doktor pada sebelah petang.
Namun, hasil imbasan tidak menunjukkan sebarang kecederaan sebaliknya dia hanya mengalami benjol di bahagian kepala sahaja.
Menurut guru itu lagi, dia bercuti sendirian ke Terengganu selepas berhempas pulas bertugas untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada minggu lalu.
Sekembalinya dia ke sekolah pada Isnin, dia dihujani pertanyaan daripada para pelajar dan rakan guru yang lain mengenai kejadian tersebut.
"Ada anak murid yang tegur dan tanya pasal kejadian itu selepas video saya tular, rakan-rakan pun ramai yang tanya.
"Kalau di Facebook pula, komen orang ramai saya baca sepintas lalu sahaja. Saya kongsi pun supaya boleh memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati.
"Walaupun sakit, saya tengok pun gelak, jadi saya tak salahkan orang lain kalau mereka gelak juga bila tengok video saya," katanya lagi.
Dulu saya memang teringin sangat nak merasa naik buaian besar ni kat tepi Pantai Batu Buruk Terengganu tapi bila melihat kejadian yang berlaku pada cikgu ni,terus terbantut.Bahaya juga buaian ni rupanya...Nasib baik cikgu tu tak hilang ingatan
sumber:mStar Online
sumber:mStar Online