Pencuri Semakin Ramai...Tentera Indonesia Di benarkan Tembak Pencuri Di Kawasan Bencana Gempa Dan Tsunami - Bulletin Saya

Thursday 4 October 2018

Pencuri Semakin Ramai...Tentera Indonesia Di benarkan Tembak Pencuri Di Kawasan Bencana Gempa Dan Tsunami

0
Pencuri Semakin Ramai......Tentera Indonesia Di benarkan Tembak Pencuri Di Kawasan Bencana Gempa Dan Tsunami

Menurut laporan Channel News Asia (CNA), sebuah portal berita yang berpangkalan di Singapura, tentera Indonesia yang bertugas di kawasan bencana diberi arahan untuk menembak mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti mencuri di kawasan bencana.


Maklumat berkenaan dilaporkan diperoleh daripada seorang pegawai berpangkat kolonel dalam angkatan bersenjata Indonesia pada Rabu selepas wujud kebimbangan perningkatan aktiviti jenayah di kawasan yang terjejas.

CNA turut melaporkan bahawa polis Indonesia sudahpun menahan berdosen-dozen pencuri di kawasan bencana terutamanya di bandar Palu yang menyaksikan banyak premis perniagaan ranap.

Kolenal Ida Dewa Agung Hadisaputra dalam satu kenyataan kepada AFP memaklumkan pemerintah tertinggi tentera memutuskan untuk melepaskan tembakan ke arah pencuri bagi memastikan kejadian kecurian dapat dihentikan.

”Jika anggota kami terserempak dengan pencuri, kami akan melepaskan tembakan amaran terlebih dahulu, jika masih berdegil, kami akan melepaskan tembakan untuk menghentikan pergerakkan mereka.


”Ramai daripadanya terpaksa mencuri pada hari pertama bencana berlaku, apabila bahan bakar dan air minuman tidak ada. Keadaan sebegitu memaksa mereka mencuri.

”Kami dapat bertoleransi sekiranya ia terjadi pada hari pertama atau hari kedua lepas bencana disebabkan mereka memang memerlukan bahan-bahan tersebut.
”Namun, mereka mula mencuri barangan lain yang tidak diperlukan seperti barangan elektronik untuk hari berikutnya,” katanya.

Hadisaputra turut memaklumkan bahawa semua kenderaan-kenderaan yang membawa bantuan ke kawasan bencana akan dikawal oleh sekurang-kurangnya lima anggota tentera.

Dalam kebanyakkan keadaan, kes kecurian akan dikendalikan oleh pihak polis ketika mangsa-mangsa yang terselamat mula berkeliaran mencari bahan makanan sebaik sahaja dilanda gempa bumi dan tsunami, yang menyaksikan angkat korban terkini melebihi 1400 orang.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan menganggarkan seramai hampir 200,000 orang terjejas dalam bencana Sulawesi dengan jumlah kanak-kanak yang menjadi mangsa mencecah puluhan ribu orang. PBB juga menganggarkan sebanyak 66,000 buah rumah turut musnah.

sumber:Channel News Asia 
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment