Tsunami Palu:Anak Jumpa Ayah Dan Kakak Mati Berpelukan - Bulletin Saya

Friday, 5 October 2018

Tsunami Palu:Anak Jumpa Ayah Dan Kakak Mati Berpelukan

0
Tsunami Palu:Anak Jumpa Ayah Dan Kakak Mati Berpelukan

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begitulah nasib seorang gadis yang kehilangan ahli keluarganya dalam bencana tsunami di Indonesia baru-baru ini.

Gadis itu yang ditemui di daerah Petobo mendedahkan bagaimana saat dia menemui mayat bapa dan kakaknya.

"Saya jumpa mayat ayah berpelukan dengan kakak.

"Mujurlah ibu saya sempat diselamatkan penduduk kampung sewaktu sedang bergelut dalam lumpur," ujar Edi Setiawan.

Menurut Edi lagi, dia turut bekerjasama dengan penduduk kampung untuk menyelamatkan kanak-kanak dan orang dewasa.

Malah, mereka juga sempat menyelamatkan seorang wanita mengandung yang terperangkap di dalam lumpur sewaktu bencana itu menimpa negara itu.




Banyak kediaman ranap dan musnah dalam bencana itu.

Seorang lagi mangsa, Puteri Pratiwi memberitahu dia berjaya menyelamatkan diri sewaktu tsunami melanda namun sedih kerana sepupunya terkorban dalam kejadian itu.

"Sewaktu gempa, saya berlari laju dan sempat berpaut pada tiang. Sepupu saya pun lari sama tapi dia dihanyutkan tsunami," ujarnya kepada CNN.

Selain Edi dan Puteri, seorang lagi mangsa, Nurjati Katili kini terpaksa menjadi penjaga apabila anak saudaranya kehilangan ibu dan adik menerusi kejadian tsunami di Palu pada Jumaat lalu.




Nurjati bersama anak saudaranya yang kehilangan ibu dan adik dalam kejadian tsunami di Palu.

Selain bersedih kerana terkenangkan keluarganya yang hilang, kanak-kanak itu turut mengalami hilang selera makan.

Di sebuah perkampungan nelayan di Donggala pula, seorang lelaki mendedahkan kehilangan hampir seluruh ahli keluarganya.

Dalam tragedi itu, tujuh ahli keluarga Andi hilang termasuklah anak bongsunya yang ditemui mati di sebuah masjid tempatan.

"Saya pun tak cam wajah anak saya, cuma cam pakaiannya sahaja," ujarnya.
Pada Jumaat lalu, gempa bumi dengan kekuatan 7.5 skala richter menggegarkan Palu sehingga menyebabkan berlakunya tsunami- Mirror.UK.

Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment