Terkejut?!..Inilah Jubah Konvo UITM Tanpa Kepala - Bulletin Saya

Monday, 15 October 2018

Terkejut?!..Inilah Jubah Konvo UITM Tanpa Kepala

0
Terkejut?!..Inilah Jubah Konvo UITM Tanpa Kepala

PETALING JAYA: Setiap kali tibanya musim graduasi, pasti ada sahaja idea unik yang diketengahkan oleh golongan pelajar untuk gambar kenangan mereka.

Jika sebelum ini ada yang menghasilkan gambar pra konvokesyen (pre-convo) bertemakan Harry Potter, Ultraman, Assassin's Creed dan sebagainya, kali ini tular pula satu lagi gambar yang tidak kurang hebatnya.

Manakan tidak, aksi sekumpulan enam pelajar berpakaian jubah konvokesyen tanpa kepala ternyata menarik perhatian ramai di laman Twitter.

Foto yang dimuat naik pada Ahad itu setakat ini menerima hampir 1,500 ulang kicau (retweet).



Paparan skrin Tweet berkenaan yang dimuat naik pada Ahad.

Salah seorang daripada mereka, Siti Hawa Basriah Hassan Basery, 24, ketika dihubungi mStar Online mengakui tidak menyangka gambar-gambar tersebut akan mendapat perhatian ramai.

Malah katanya, gambar itu dihasilkan secara suka-suka dan ia dirakam menggunakan kamera telefon pintar sahaja.

"Sebenarnya, kawan kepada kawan saya yang jadi jurufoto. Kami macam tak ada idea, jadi dia yang beri cadangan.

"Gambar tu bukannya disunting buang kepala, tapi kami hanya angkat jubah tu dan ia kelihatan seolah-olah tak ada kepala," ujar Hawa.



Tidak disunting, sebaliknya mereka hanya mengangkat jubah bagi menghasilkan ilusi tanpa kepala.

Tambah Hawa, lima lagi individu dalam gambar itu merupakan rakan-rakannya yang turut mengambil jurusan Seni Halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Menurut gadis yang berasal dari Subang Jaya itu, gambar berkenaan dirakam pada Sabtu lalu dan majlis konvokesyen mereka pula akan berlangsung pada 22 Oktober ini.

Dalam pada itu, Hawa juga menepis tanggapan sesetengah pihak yang menganggap perbuatan mereka sebagai tidak menghormati pemakaian jubah tersebut.




Mereka merupakan pelajar jurusan Seni Halus UiTM Shah Alam dan bakal menerima ijazah pada 22 Oktober ini.

"Pada saya, selagi tidak memudaratkan atau mencemar nama baik universiti, tak ada masalah pun. Gambar tu untuk kenang-kenangan sahaja.

"Ramai yang bagi respon positif, mereka cakap tak pernah terfikir pun untuk shoot gambar macam ni.

"Tapi apapun, dalam gambar tu kami paparkan diri kami yang gembira dan gila-gila. Itu adalah kami," katanya lagi.



Gambar ini dirakam di Fakulti Art & Design, UiTM Shah Alam, Sabtu lalu.

sumber:Mstar
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment