Proses Kukus Kuih BakulSempena Tahun Baru Cina
Begitu lama penulis mencari orang yang boleh menunjukkan cara membuat kuih bakul. Mungkin pencarian itu sudah menjangkau dua tahun lamanya.
Pernah sekali tersilap orang, dia menyangka penulis mahu menulis mengenai kuih bulan. Lalu penulis jelaskan, agak sukar mencari mereka yang boleh membantu penulis untuk artikel kuih bakul.
Ada juga yang keliru antara kuih bulan dan kuih bakul. Kuih bulan mungkin agak popular pada generasi muda kerana ia begitu banyak dipaparkan di laman media sosial dan mudah ditemui jenama yang halal.
Kuih bakul kurang dikenali generasi kini berbanding generasi penulis yang berumur 40-an ini. Memori kami bersama kuih bakul selalunya berkait rapat dengan Tahun Baru Cina serta nilai persahabatan atau kejiranan pada waktu itu.
Kakak penulis memberitahu, kawannya berbangsa Cina sering memberi kuih bakul ketika Tahun Baru Cina. Kuih itu dibawa pulang dan dikongsi dengan adik-adik.
“Bukan hanya kawan sekolah, penjual ikan Cina yang datang menjual ikan dari rumah ke rumah di kampung kita pun beri kuih bakul sempena perayaan itu,” ceritanya.
Walaupun kuih bakul boleh didapati sepanjang tahun kerana dibuat komersial, kuih yang dibuat secara tradisional lebih memikat hati. Ia berkait rapat dengan memori penulis sendiri, kuih bakul dalam keranjang daun pisang.
Bagi yang masih kurang arif mengenai kuih bakul, ia sangat serupa dengan dodol, kuih tradisional Melayu. Dodol juga boleh didapati sepanjang tahun tetapi apabila ia dibuat dan dinikmati pada musim raya, sentimentalnya jauh berubah dan lebih bermakna. Begitu jugalah kuih bakul.
Ada pelbagai resipi kuih bakul bergantung kepada keluarga yang membuatnya. Ada yang menggunakan campuran gula Melaka bagi mendapatkan warna yang diinginkan. Ada yang menggunakan gula perang.
Memang hati berbunga gembira apabila diperkenalkan dengan Nor Zarinah Mohamed Yusuf, 42, oleh ibu saudaranya sendiri. Ibu tiga anak yang mempunyai kerjayanya sendiri di bidang perbankan di Ipoh, Perak memang aktif membuat kuih bulan untuk tempahan sejak tujuh tahun lalu. Ia sesuatu yang dibuatnya sepanjang tahun dengan tempahan sekitar sekitar 350 unit sebulan.
“Kuih bulan sesuatu yang saya biasa makan sejak kecil jadi saya belajar membuatnya kerana nampak potensinya untuk pasaran halal. Bukan mudah untuk terus mendapat pelanggan, selepas tiga empat tahun, baru saya mempunyai pelanggan. Kemudian tiga tahun kebelakangan ini saya berjinak-jinak membuat kuih bakul pula,” katanya yang menyediakan laman Facebooknya EinaKhalili Halal Mooncake untuk mengenali produk dan membuat tempahan.
Untuk membuat kuih bakul ini, Zarinah membuat penyelidikan sendiri di Internet serta mencuba banyak kali untuk mendapat hasil yang sempurna.
Ia nampak mudah tetapi sebenarnya bagi penulis, perlukan kesabaran tinggi. Proses mengukusnya sendiri sangat lama. Pengalaman membuat kuih bakul bersama Zarinah sungguh menarik. Untuk mendapat hasil yang lebih baik dan sedap, kuih bakul perlu dibiarkan seminggu dahulu dalam suhu bilik untuk ia betul-betul ‘rehat’ dan mampat serta mengeras.
Penulis sempat mendapatkan komen daripada Ikhwan Ng, sahabat Cina Muslim mengenai kuih bakul.
“Kuih bakul ialah kuih tradisional yang disebut nian gao. Dalam bahasa Cina, nian bermaksud tahun dan gao pula bermaksud naik atau tinggi. Jadi kuih bakul ini perlambangannya menyambut tahun baru dengan mendapat kerjaya lebih tinggi atau membawa tuah kepada masyarakat Cina,” katanya.
Bahan membuat kuih bakul:
- 450 gram tepung pulut
- 188 gram gula perang
- 188 gram gula putih
- 370ml air
- 750 gram sirap golden
- Keranjang yang dibalut dengan daun pisang.
Pemilik NYCC Enterprise, Datuk B. Balamurali (kanan) sambil dibantu pekerjanya melakukan proses mengukus Kuih Bakul atau 'Nian Gao' di kilang mereka di Taman Johor Jaya, Johor.
Kuih bakul pastinya menjadi makanan wajib bagi kaum Cina setiap kali menjelang perayaan Tahun Baru Cina.
Pernah sekali tersilap orang, dia menyangka penulis mahu menulis mengenai kuih bulan. Lalu penulis jelaskan, agak sukar mencari mereka yang boleh membantu penulis untuk artikel kuih bakul.
Kuih bulan
Ada juga yang keliru antara kuih bulan dan kuih bakul. Kuih bulan mungkin agak popular pada generasi muda kerana ia begitu banyak dipaparkan di laman media sosial dan mudah ditemui jenama yang halal.
Kuih bakul kurang dikenali generasi kini berbanding generasi penulis yang berumur 40-an ini. Memori kami bersama kuih bakul selalunya berkait rapat dengan Tahun Baru Cina serta nilai persahabatan atau kejiranan pada waktu itu.
Kakak penulis memberitahu, kawannya berbangsa Cina sering memberi kuih bakul ketika Tahun Baru Cina. Kuih itu dibawa pulang dan dikongsi dengan adik-adik.
“Bukan hanya kawan sekolah, penjual ikan Cina yang datang menjual ikan dari rumah ke rumah di kampung kita pun beri kuih bakul sempena perayaan itu,” ceritanya.
Walaupun kuih bakul boleh didapati sepanjang tahun kerana dibuat komersial, kuih yang dibuat secara tradisional lebih memikat hati. Ia berkait rapat dengan memori penulis sendiri, kuih bakul dalam keranjang daun pisang.
Bagi yang masih kurang arif mengenai kuih bakul, ia sangat serupa dengan dodol, kuih tradisional Melayu. Dodol juga boleh didapati sepanjang tahun tetapi apabila ia dibuat dan dinikmati pada musim raya, sentimentalnya jauh berubah dan lebih bermakna. Begitu jugalah kuih bakul.
Ada pelbagai resipi kuih bakul bergantung kepada keluarga yang membuatnya. Ada yang menggunakan campuran gula Melaka bagi mendapatkan warna yang diinginkan. Ada yang menggunakan gula perang.
Memang hati berbunga gembira apabila diperkenalkan dengan Nor Zarinah Mohamed Yusuf, 42, oleh ibu saudaranya sendiri. Ibu tiga anak yang mempunyai kerjayanya sendiri di bidang perbankan di Ipoh, Perak memang aktif membuat kuih bulan untuk tempahan sejak tujuh tahun lalu. Ia sesuatu yang dibuatnya sepanjang tahun dengan tempahan sekitar sekitar 350 unit sebulan.
“Kuih bulan sesuatu yang saya biasa makan sejak kecil jadi saya belajar membuatnya kerana nampak potensinya untuk pasaran halal. Bukan mudah untuk terus mendapat pelanggan, selepas tiga empat tahun, baru saya mempunyai pelanggan. Kemudian tiga tahun kebelakangan ini saya berjinak-jinak membuat kuih bakul pula,” katanya yang menyediakan laman Facebooknya EinaKhalili Halal Mooncake untuk mengenali produk dan membuat tempahan.
Untuk membuat kuih bakul ini, Zarinah membuat penyelidikan sendiri di Internet serta mencuba banyak kali untuk mendapat hasil yang sempurna.
Ia nampak mudah tetapi sebenarnya bagi penulis, perlukan kesabaran tinggi. Proses mengukusnya sendiri sangat lama. Pengalaman membuat kuih bakul bersama Zarinah sungguh menarik. Untuk mendapat hasil yang lebih baik dan sedap, kuih bakul perlu dibiarkan seminggu dahulu dalam suhu bilik untuk ia betul-betul ‘rehat’ dan mampat serta mengeras.
Penulis sempat mendapatkan komen daripada Ikhwan Ng, sahabat Cina Muslim mengenai kuih bakul.
“Kuih bakul ialah kuih tradisional yang disebut nian gao. Dalam bahasa Cina, nian bermaksud tahun dan gao pula bermaksud naik atau tinggi. Jadi kuih bakul ini perlambangannya menyambut tahun baru dengan mendapat kerjaya lebih tinggi atau membawa tuah kepada masyarakat Cina,” katanya.
Bahan membuat kuih bakul:
- 450 gram tepung pulut
- 188 gram gula perang
- 188 gram gula putih
- 370ml air
- 750 gram sirap golden
- Keranjang yang dibalut dengan daun pisang.
PUKUL dengan pengadun selama lima minit sehingga sebati dan adunan menjadi cair kemudian tapis untuk mendapatkan hasil yang halus.
Selepas diuli campurkan bersama gula perang dan gula putih
MASUKKAN ke dalam keranjang daripada daun pisang yang disediakan lebih awal.
kukus selama 3 jam
THX FOR THE POST
ReplyDeletewellcome
Delete