Tiada Gajet Untuk Cucu Lady Diana
Ramai mak-mak yang mengadu anak mereka kurang tumpuan dalam pembelajaran di sekolah dan sukar untuk fokus kepada sesuatu perkara lebih daripada 10 minit.
Anak-anak zaman millineal ini akan duduk diam jika di tangan mereka terdapat gajet dan akan mula mengamuk jika gajet tersebut dirampas akibat terlalu leka.
Anak-anak zaman millineal ini akan duduk diam jika di tangan mereka terdapat gajet dan akan mula mengamuk jika gajet tersebut dirampas akibat terlalu leka.
Kajian menunjukkan pendedahan awal terhadap teknologi di kalangan kanak-kanak seperti telefon bimbit atau tablet akan mengakibatkan fungsi dan pemerhatian mereka akan mengalami defisit secara perlahan-lahan.
Teknologi yang bergerak pantas ini juga akan membuatkan kanak-kanak cepat bimbang, masalah kognitif dan mengganggu pembelajaran dalam bilik darjah. Akibat terlalu terdedah kepada teknologi moden kanak-kanak bakal menghadapi peningkatan kesan impuls dan merangsang kanak-kanak menjadi tantrum.
Pasangan diraja Britain, Putera William dan Catherine Middleton antara contoh yang boleh diikuti dalam mendidik anak-anak mereka.
Walaupun pasangan sama cantik sama padan ini berharta dan moden tetapi mereka tetap menerapkan pendidikan yang konservatif seperti mereka membesar dahulu. Putera William dan Kate Middleton menolak mentah-mentah penggunaan gajet di kalangan anak-anaknya, Puteri Charlotte, Putera George dan Putera Louis.

Putera William dan Kate Middleton;
- Tidak membenarkan anak-anaknya bermain dengan IPad di dalam rumah.
- Kate dan William membesar tanpa sebarang penggunaan gajet. Jadi pasangan diraja ini mahu mempastikan anak-anak mereka juga membesar sebegitu.
- Kedua-dua pasangan ini lebih mempercayai bermain dengan patung permainan dan melakukan aktiviti luar sebagai pendidikan awal untuk anak-anak mereka.
- Kate juga begitu menggalakkan anak-anaknya merangsang imaginasi dalam pembelajaran seperti membuat eksperimen dengan objek atau melalui pengalaman bermain.
- Kedua-dua anak Putera Willian dan Kate Middleton ini, George Dan Charlotte menghabiskan masa dengan menunggang basikal dan bermain Disney Princess.
Melalui perkongsian Prof Muhaya di laman Instagramnya, “Lihat bagaimana cucu Lady Diana di didik alphabet dengan menyebut ayat-ayat dan kata kata dari Bible. Allahuakbar alangkah baik kita mula melakar untuk anak anak kita. Semoga ustaz dan ustazah boleh memulakannya,” kata Prof Muhaya.
Sangat berbeza dengan anak-anak kita iaitu A for Apple, B for Bus and C for Cat.
Sumber:Nona