Rezeki Pelukis Jalanan,Mampu Raih RM4000 Sebulan - Bulletin Saya

Tuesday, 22 January 2019

Rezeki Pelukis Jalanan,Mampu Raih RM4000 Sebulan

1
Rezeki Pelukis Jalanan,Mampu Raih RM4000 Sebulam

Bagi Sazali Said, dia tidak malu bergelar pelukis jalanan walaupun ramai yang menganggap pelukis jalanan tidak mampu bertahan lama atau ‘pergi jauh’.


“Walaupun ada yang menganggap pelukis jalanan tiada masa depan tapi saya akan membuktikan tanggapan itu tidak tepat. Ini kerana kebolehan yang saya dimiliki jarang dimiliki orang lain.

“Walaupun dilihat sekadar menjual lukisan di jalanan tetapi saya mampu menjana pendapatan seperti pekerjaan professional yang lain, yang penting kena rajin berusaha,” ujarnya ketika ditemui FMT Ohsem, baru-baru ini.

Sazali mengakui dia mampu meraih pendapatan RM3,000 hingga RM4,000 sebulan hasil menjual karyanya.

Memulakan khidmat niaganya 3 tahun lalu, Sazali menjadikan melukis sebagai rutin harian dan mempamerkan karya tersebut kepada pelancong di tengah Bandaraya Melaka.
“Biasanya seawal 11 pagi saya sudah berada di sini sambil melukis dan menunggu kedatangan pelancong,” ujarnya yang turut menyertai kursus melukis sebelum menjadi pelukis jalanan.

Menurut lelaki 30-an itu, dia menyiapkan 10 hingga 15 keping lukisan bersaiz A4 setiap hari yang dijual RM20 sehelai bagi yang berwarna dan RM10 bukan berwarna dengan hanya bermodalkan sebatang pensel.

Biasanya, pada musim cuti umum dan cuti sekolah , hasil karya lebih cepat ‘laku’ berbanding cuti hari minggu kerana tempat yang dijadikan tapak sejarah Unesco itu dikunjungi ramai pelancong dari dalam dan luar negara pada musim cuti.


Malah dia pernah menjual 30 keping lukisan sehari selepas hasil karyanya yang diborong dari pelancong Singapura.

Sazali berkata, setiap pelancong yang datang melihat hasil karya mempunyai citarasa tersendiri .

“Biasanya pelancong China lebih gemar kepada lukisan yang mempunyai aliran sungai kerana menganggap sungai adalah kedamaian manakala Mat Saleh pula lebih gemar ke arah keunikan bangunan-bangunan lama,” ujarnya yang pernah menerima tempahan daripada pelancong Kanada selepas kali ke-2 mengunjungi Melaka.

Ditanya mengenai cabaran sebagai pelukis jalanan, anak jati Melaka berkata setiap perkerjaan ada cabaran dan perlu dihadapi secara berani selain sabar dan berusaha untuk berubah.

“Saya menanam hasrat untuk memiliki galeri sendiri suatu hari nanti untuk dijadikan lokasi pengunjung dari dalam dan luar negara melihat hasil karnya,” katanya.

sumber:Free Malaysia Today
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

1 comment:

  1. semoga beliau terus berjaya dalam impian beliau...
    #jmbelog

    ReplyDelete