Sejuk Terlampau,Niagara Falls Beku Lagi - Bulletin Saya

Friday 25 January 2019

Sejuk Terlampau,Niagara Falls Beku Lagi

0
Sejuk Terlampau,Niagara Falls Beku Lagi

Musim sejuk melampau yang  kini melanda Eropah dan Amerika masih menjadi bahan bualan dan perkongsian di kebanyakan platform media sosial.

Keajaiban musim sejuk kali ini telah menyebabkan air terjun ikonik Niagara Falls turut mula membeku.

Video yang dirakamkan pada isnin menunjukkan air terjun yang berada di antara wilayah Ontario Kanada dengan New York, Amerika Syarikat tampak penuh.


Seakan ada awan putih mengiringi aliran deras air terjun berkenaan.

Pokok dan tumbuhan di sekeliling pula membeku bagai dibungkus rapi.


Diafahamkan, dasar sungai berkenaan turut mula membeku akibat suhu yang terus menjunam.

Pihak berwajib pula mengeluarkan amaran kepada penduduk New York mengenai cuaca sejuk yang makin melampau hingga menyebabkan laluan kereta api retak dan mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna pengangkutan awam itu.
Keadaan itu juga meningkatkan jumlah kematian, kerosakan kenderaan dan kejadian mencuri.
Kira-kira 30 kemalangan dilaporkan di jalan raya Michigan kerana terlalu licin akibat ais dengan salji setebal 15 sentimeter.
Dalam satu kejadian, seorang wanita berkerusi roda terbabas akibat cuaca buruk pada suhu -28 Celsius.
Menurut pihak polis, wanita berusia 83 tahun itu meninggal dunia akibat selepas dirempuh sebuah trak di Dakota Selatan.
Pihak kaji cuaca pula mengeluarkan amaran kepada penduduk mengenai kemungkinan menghidap hipoterma.
Situasi semasa ini juga mengakibatkan pihak kebajikan cuba memastikan gelandangan dalam keadaan selamat dengan menyediakan tilam untuk mereka.

Selain itu, pertubuhan perlindungan haiwan pula mengingatkan orang ramai supaya menjaga haiwan peliharaan mereka sebaik mungkin dan tidak meninggalkannya di luar rumah.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment