Berminat Kerja Di Istana?Walau Pelik Dan Merepek,Pekerjaan Ini Tetap Wujud
Foto – Framepool & RightSmith Stock Footage
Foto – Daily Express
Foto – Business Insider
Foto – Royal Seven Stars
Foto – Reuters
Foto – Getty
Foto – Readers Digest
Foto – Business Insider
Jika anda miliki bakat dalam seni gambar, suka mengemas, seorang yang mahir dalam public relation, meminati dunia setem, suka mengembara maka pekerjaan yang tak masuk dek akal ini mungkin patut dicuba.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa pekerjaan yang di luar kotak fikiran kita malah menimbulkan tanda tanya ada terdapat di Buckingham Palace, kediaman keluarga diraja Britain.
Tahukah, keluarga diraja menggunakan lebih daripada 1,000 orang untuk berkhidmat dengan mereka. Memandangkan tanggungjawab besar yang diperlukan untuk mengurus kehidupan sehari-hari raja monarki British, jadi ada sesetengah jawatan memang wujud.
Antara seperti berikut…
Operator Telefon
Terdapat operator telefon yang dilaporkan menjawab lebih daripada 7,000 panggilan sehari dari beribu-ribu peminat dan media yang menghubungi Buckingham Palace setiap minggu.
Penjaga Setem
Katanya Michael Sefi telah menjadi penjaga setem Ratu Elizabeth sejak tahun 2003. Beliau telah mengembara ke seluruh dunia untuk mencari kepingan setem unik bagi menambah koleksi si ratu.
Penyelaras Bingkai Gambar
Buckingham Palace mempunyai kira-kira 775 bilik, jadi dapat bayangkan beratus-ratus bingkai gambar menghiasi setiap ruang.
Individu yang ditugaskan sebagai penyelaras bingkai gambar perlu memastikan tiada bingkai yang dikitar semula dan diguna semula.
Individu yang ditugaskan sebagai penyelaras bingkai gambar perlu memastikan tiada bingkai yang dikitar semula dan diguna semula.
Pemotong Daging
Ya. Sudah tentu, keluarga diraja tidak akan memotong daging mereka sendiri. Walaubagaimanapun, kerjaya ini tidak tersedia untuk semua orang, hanya dikalangan keluarga berstatus tinggi sahaja – yang bermaksud diwarisi dari individu ke individu tertentu (melihat pada keturunan dan salasilah keluarga).
Ahli Astronomi Diraja
Merupakan pekerjaan tertua, sudah wujud sejak tahun 1675 lagi, ahli astronomi menasihati Ratu tentang hal-hal berkaitan astronomi. Seorang ahli astronomi adalah seorang ahli sains yang mengkaji mengenai jasad cakerawala seperti planet, bintang, dan galaksi.
Penjaga Linen Diraja
Sekiranya anda sukakan hal berkaitan fabrik, tugas ini adalah untuk anda. Individu yang bertanggungjawab perlu memastikan setiap fabrik linen diletakkan atas meja makan adalah yang berkualiti dan memenuhi keperluan piawaian tertinggi setiap hari.
Sama ada digunakan untuk acara rasmi, atau sekadar penggunaan harian.
Sama ada digunakan untuk acara rasmi, atau sekadar penggunaan harian.
Tukang Sarung Kasut Diraja
Bunyi azab betul jawatan ini tapi ia hanyalah berkhidmat untuk Ratu Elizabeth. Sedia maklum usianya sudah lanjut jadi memahamilah kenapa diadakan jawatan sebegini.
Merupakan salah satu tugas yang aneh di istana, individu ini harus memastikan setiap kasut yang akan disarung selesa sebelum dipakai. Hal ini agar tidak timbul masalah kaki yang menyakitkan, keletihan, yang hanya akan membuatkan masalah besar timbul.
Merupakan salah satu tugas yang aneh di istana, individu ini harus memastikan setiap kasut yang akan disarung selesa sebelum dipakai. Hal ini agar tidak timbul masalah kaki yang menyakitkan, keletihan, yang hanya akan membuatkan masalah besar timbul.
Tukang Cuci Periuk Diraja
Curlass nama jawatan. Tugasan ini memerlukan anda menjaga dapur, membersihkan segala alatan kelengkapan memasak dan memotong serta membantu dalam penyediaan makanan. Tapi ini bukanlah tukang cuci sembarangan,
terdapat juga manfaat tambahan melancong bersama ratu ketika melawat kawasan diraja yang lain.
Seriuslah kerja macam ini? Tapi kalau berminat nak mencuba, pergi sahaja ke laman web rasmi www.royal.uk/join-us, ada banyak iklan jawatan kosong di sana.
All The Best!