Ibu Mengamuk Anak Cipta Robot Siapkan Kerja Sekolah - Bulletin Saya

Wednesday 20 February 2019

Ibu Mengamuk Anak Cipta Robot Siapkan Kerja Sekolah

0
Ibu Mengamuk Anak Cipta Robot Siapkan Kerja Sekolah

SHANGHAI: Wajarkah seorang murid menggunakan mesin untuk menyudahkan kerja sekolah yang diberikan guru?

Seorang pelajar perempuan di Harbin, China mencetuskan kontroversi apabila tindakannya yang disifatkan tidak beretika sebaliknya telah menarik minat ramai kepada mesin tersebut.

Menurut laporan SCMP, mesin robot itu mampu meniru tulisan tangan pemiliknya dan beroperasi tanpa henti.


–– ADVERTISEMENT ––

Apabila Zhang, 15, berjaya menyiapkan kerja sekolah dalam tempoh yang amat singkat, ibunya berasa amat curiga, apatah lagi apabila semua itu dilakukannya ketika cuti Tahun Baru Cina.

Ketika memeriksa bilik anaknya, apa yang dijumpai si ibu amat mengejutkan. Sebuah mesin peniru lengkap dengan bingkai logam dan pen.

Lebih mengejutkan lagi, mesin itu bukan saja dapat menyalin halaman daripada buku teks, malah ia juga dapat menulis esei dengan tulisan yang kemas.


Zhang akhirnya mengaku membeli mesin robot itu di sebuah laman web pada harga 800 yuan (kira-kira RM490) menggunakan wang angpaunya.

Berang dengan tindakan anaknya, si ibu lantas menghempas mesin robotik itu lalu memusnahkannya.

Laporan berita media tempatan tentang insiden itu bagaimanapun telah mencetuskan perdebatan apabila ramai yang berminat untuk membeli dan menggunakannya manakala yang lain pula mempersoalkannya daripada segi etika.

Menurut seorang pengguna tegar robot peniru itu sejak tiga tahun lalu, mesin berkenaan mampu menghasilkan tulisan yang kemas hinggakan tidak siapa dapat membezakannya dengan tulisan asal.

sumber:SCMP
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment