Fenomena Pelik Munculnya Naga Hijau Di Iceland - Bulletin Saya

Saturday 23 February 2019

Fenomena Pelik Munculnya Naga Hijau Di Iceland

0
Fenomena Pelik Munculnya Naga Hijau Di Iceland


GAMBAR menunjukkan imej seakan-akan seekor naga gergasi berwarna hijau sedang menyembur api di ruang udara ketika fenomena aurora borealis di Iceland. JINGYI ZHANG/WANG ZHENG.

REYKJAVIK, Iceland - Seorang jurugambar berjaya merakam imej seakan-akan seekor naga gergasi berwarna hijau sedang menyembur api di ruang udara sewaktu pembentukan fenomena aurora borealis di sini baru-baru ini.

Gambar itu kemudiannya dikongsi di internet oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) dan mengemukakan soalan kepada netizen sama ada mereka pernah melihat seekor naga.


“Walaupun naga terbang sebenar tidak wujud, aurora berbentuk naga yang besar dapat dilihat terbentuk di langit Iceland,” kata jurucakap NASA.

Gambar itu menunjukkan ibu kepada jurugambar itu berdiri di kawasan bersalji sambil memandang ke arah aurora borealis seperti satu makhluk mistik. Imej naga itu pula kelihatan seperti mengembangkan sayap sambil menyemburkan api. – Agensi
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment