Seri Ibu Hamil,Meghan Di Majlis Berinai Di Maghribi
PUTERA Harry dan pasangannya, Meghan Markle kini berada di Maghribi untuk lawatan diraja yang terakhir sebelum mereka menjadi ibu bapa untuk kali pertama.
Pasangan diraja ini bakal menyambut cahaya mata pertama pada akhir April ini.
Ketika lawatan itu, pasangan tersebut turut menghadiri resepsi makan malam diraja dan kedua-duanya kelihatan menyerlah dengan mengenakan busana yang mempesonakan.
Duchess of Sussex itu memperagakan gaun mewah jenama Dior serta stail rambut bun yang dihiasi ringkas, manakala Putera Harry kelihatan tampan menggayakan sut hitam.
Kelihatan sebelah tangan Meghan Markle berseri-seri dengan corak inai yang menjadi tarikan ramai.
Sebelum itu, ketika melawat bandar Asni, Meghan telah dibawa untuk menghadiri majlis berinai yang juga tradisi masyarakat Maghribi untuk wanita hamil.
Bekas aktres itu tersenyum apabila tangannya dilukis dengan corak yang dipilihnya sendiri.
Tambahan pula, lawatan diraja dilakukan selepas majlis 'Baby Shower' yang diadakan secara tertutup di New York minggu lalu.
Namun, parti tersebut memberi kesan mendalam terhadap Putera William dan Kate Middleton selepas mengetahui mengenai perkara itu.
sumber-India Today