Putera Harry Tak Layan Hasrat Meghan Nak Sambut Hari Kekasih Di Paris - Bulletin Saya

Thursday, 14 February 2019

Putera Harry Tak Layan Hasrat Meghan Nak Sambut Hari Kekasih Di Paris

0
Putera Harry Tak Layan Hasrat Meghan Nak Sambut Hari Kekasih Di Paris

ISTERI kepada Putera Harry, Meghan Markle pernah mendedahkan impiannya untuk menyambut Hari Kekasih di Paris.
Keinginan ke kota cinta itu diluahkan oleh Meghan dalam blog miliknya yang sudahpun dipadam.
Tahun 2019 menjadi sambutan Hari Kekasih pertama Meghan sebagai isteri kepada pewaris takhta diraja Britain itu.
Bagaimanapun, Meghan yang kini sarat hamil tidak berupaya memenuhi impiannya kerana ketiadaan suami di sisi.
Harry kini berada di Artik dalam rangka lawatan ke sebuah kem tentera.
Menerusi entri blog itu, Meghan bercerita mengenai fantasinya untuk menyambut Hari Kekasih di Kota Cinta.
Namun tulisnya lagi, Hari Kekasih akan menjadi lebih bermakna jika diri sendiri gembira, tak kira di mana jua dia berada.
Biarpun tidak berpeluang menyambut hari romantis itu, Meghan dijangka menerima hadiah istimewa daripada suaminya. - Daily Star.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment