Imej PM New Zealand ,Jacinda Ardern Cantik Berselendang Dipancar di Burj Khalifah - Bulletin Saya

Saturday 23 March 2019

Imej PM New Zealand ,Jacinda Ardern Cantik Berselendang Dipancar di Burj Khalifah

0
Imej PM New Zealand ,Jacinda Ardern Cantik Berselendang Dipancar di Burj Khalifah





EMIRIYAH Arab Bersatu (UAE) tidak terkecuali dalam menzahirkan simpati dan sokongan kepada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, selepas 50 umat Islam di negara itu maut manakala puluhan yang lain cedera akibat serangan pengganas pada 15 Mac lalu.

Bangunan ikonik di Dubai pada Jumaat, dipancarkan dengan imej Ardern, dalam usaha murninya menegaskan betapa pentingnya keamanan, susulan daripada tragedi menyayat hati yang berlaku di dua masjid di Christchurch itu.



Tidak cukup dengan itu, Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum turut memuat naik imej Ardern yang dihalakan ke bangunan Burj Khalifa pada waktu malam di laman Twitter miliknya:

Imej Jacinda Ardern berselendang dipancarkan di Burj Khalifah pada Jumaat. Foto Twitter HH Sheikh Mohammed

“Terima kasih PM @jacindardern dan New Zealand untuk keikhlasan sokongan yang menyentuh hati 1.5 juta umat Islam selepas serangan pengganas tersebut mengejutkan komuniti Islam di seluruh dunia.”

Serangan yang berlaku semasa umat Islam hendak menunaikan solat Jumaat itu turut mengakibatkan seorang remaja warga Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun, meninggal dunia.

BACA: Khutbah Jumaat penuh makna di Christchurch

Bapanya, Mohd Tarmizi Shuib dan dua lagi mangsa, Muhamad Nazril Hisham Omar, 46 tahun, dan Rahimi Ahmad, 39 tahun, turut tercedera dalam serangan berkenaan.

Semasa solat Jumaat semalam, yang pertama selepas serangan itu, New Zealand buat julung kalinya menjalankan sesi tafakur selama dua minit dan menyiarkan seruan azan secara langsung di saluran televisyen dan radio nasional negara itu.

Ardern turut hadir dengan mengenakan baju labuh dan berselendang hitam.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment