Kenali Jacinda Ardern,PM New Zealand Di Mata Dunia - Bulletin Saya

Friday 22 March 2019

Kenali Jacinda Ardern,PM New Zealand Di Mata Dunia

0
Kenali Jacinda Ardern,PM New Zealand Di Mata Dunia

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berjaya menarik perhatian dunia apabila beliau ‘turun padang’ menemui keluarga mangsa tragedi tembakan di Christchurch.
 Sebelumnya, beliau melakar sejarah sebagai pemimpin pertama membawa bayi perempuannya masuk ke dewan Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Ketika persidangan tersebut, Jacinda menerima pujian daripada pemimpin-pemimpin yang menyertai persidangan tersebut.

Mereka memberi respon positif dan mengalu-alukan kehadiran Jacinda dan Neve memandangkan tidak ramai pemimpin wanita yang berani melakukan perkara demikian.
Jacinda merupakan pemimpin wanita kedua yang melahirkan bayi dalam tempoh menjawat jawatan perdana menteri selepas Komitmen yang diberikan demi membela rakyatnya membuatkan seluruh warga New Zealand percaya akan kemampuan beliau. Jacinda merupakan pemimpin wanita kedua yang melahirkan bayi dalam tempoh menjawat jawatan sebagai perdana menteri selepas perdana menteri Pakistan, Benazir Bhutto.
image
Beliau juga merupakan perdana menteri termuda di dunia yang dilantik pada usia 37 tahun. Sebelum menjawat jawatan tersebut, Jacinda terkenal sebagai seorang DJ muzik dan pernah membuat persembahan selama 45 minit pada festival muzik Auckland’s Laneway. 
Perjalanan politik beliau bermula ketika menyertai Parti Buruh dan berjaya memgang tampuk kepimpinan seterusnya bekerja keras bersama pasukannya sehingga berjaya memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara Kiwi.
Beliau berjaya menambat hati rakyat di negara tersebut dengan caranya tersendiri iaitu sering menemui rakyat dan berusaha sehabis baik untuk mengotakan janjinya kepada rakyat. Terbuktilah bahawa rakyat New Zealand tidak memandang latar belakang pekerjaan pemimpin, tetapi memilih pemimpin yang benar-benar menjalankan amanat rakyat.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment